Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

Alkisah

Dunia ini sudah tua. Tua dan kerepot. Penuh dengan kegilaan. Kegilaan yang tak terjangkau dek akal. Walaupun akal manusia disebut sebagai sangat istimewa, tapi ramai di kalangan homosapien-homosapien di muka bumi ini tidak tahu bahawa akal manusia ini sangat lemah sebenarnya. Pantang dengan pujian, nafsu, duit dan macam-macam lagi, maka akal mereka itu menjadi gila-segila-gilanya. Tidak waras. Luarannya nampak walafiat namun di dalam mereput. Hanya satu solusinya, LUAHKAN dengan pena.

Biar pena itu yang secara digitalnya menari-nari di tinta maya merembeskan ide-ide dan buah fikiran mereka-mereka yang gila ini. Dan mereka-mereka ini berjumpa lalu membentuk satu organisasi gila memandangkan kalau kerja sorang-sorang, takut pena itu merobek pergelangan tangan mereka tanpa sengaja.

Mereka ini bersatu di bawah paras mental yang berbeza. Terdiri dari beberapa penulis mental atau gila dalam melayu aslinya, yang terkenal mahupun tidak, yang radikal mahupun sepoi-sepoi bahasa, yang cintan mahupun membinasa. Tidak kira apa berlaku pada mereka janji mereka dapat meluah dan memuntahkan apa yang ada terfikir dalam kepala hotak. Sekiranya mereka ini tidak meluahkannya, nescaya kepala hotak mereka boleh binasa kerana tidak tahan lagi dengan input dari observasi mereka terhadap dunia yang gila ini. Ada baiknya mereka meroyan di atas tinta maya ini dari mereka buat muka duckface depan webcam laptop.



Sekian, salam 1 Meleis.

No comments: