GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130728

Kalau Saja...





Kalau saja aku mampu,
Aku kepingin membawa hati ini bersendiri
Jauh dari segala yang menyakiti
Biarkan bersepi, asal tak terluka lagi.

Kalau saja aku bisa,
Untuk meluah apa yang tak terkata
Untuk membuat apa yang terdaya
Yang semua menjadi impian tak nyata

Kalau saja..
Semua yang dicita mampu terlaksana

dan tak tersia
pasti rasa bahagia
tapi itu semua mampu dirasa
kalau saja diizin sang Pencipta.

 
- Mermaid Jadian


20130327

Najeb dan PRU13


Gambar : Najeb mooda - moody.

Semenjak dua menjak ini, tidak kira di mana-mana sama ada pasar malam, perpustakaan, kelas, waima di jamban sekalipun orang sibuk bercakap soal pilihan raya. Jika dilihat ia seolah satu fenomena yang sangat hebat! Lain dari yang lain.

Seperti yang pernah disebut sebelum ini, penganalisis politik dari yang berkaliber hinggalah yang berkelas kangkung sekalipun menganggap bahawa PRU ke 13 ini adalah PALING PENTING dan TERAGUNG dalam sejarah Malaysia.

Mengapa?

Kerana pada PRU kali ini akan berlaku satu pertempuran hebat melibatkan dua koalisi daripada pemerintah sekarang kerajaan UMNO/Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat. Analisis juga menunjukkan bahawa kedua-dua belah pihak akan melakukan apa sahaja demi untuk menang.


Gambar : Najeb dan bini tercenta.

Namun, ada masalah sebenarnya, bila nak bubar parlimen wahai Najeb Razak?

Malam tadi, buat pertama kalinya dalam sejarah Adun telah terbubar secara automatik di Negeri Sembilan. Justeru, tandatangan Exco Negeri sudah tidak laku lagi. Kata Mat Hasan, benda ni baik kerana mengikut undang-undang. Negara pun akan stabil. Katanya la.



Gambar : DUN N9

Sama ada menang atau kalah, Najeb sepatutnya terima hakikatnya yang beliau terpaksa berundur dan diganti dengan Pak Den Yasin.

Madey pun sudah mengemukakan satu 'teori' bahawa jika PRU tak perform Najeb wajar undur. Tetapi, bagi aku secara teorinya juga kalau tak perform si pencen yang memberi IC pada PATI juga harus dihumban ke dalam jel.

Apa macam?



Gambar : CheDet

AZAZIL.
PORT SWETTENHAM, SELANGOR.

20130318

social networking problem

kenapa aku memilih untuk menulis? sebab aku berso-sial kah? atau aku ni terdiri dari kalangan orang yang selalu jadi mangsa bahan forever alone?

semua itu tak berkaitan. harap tak ambil peduli kisah ini.

kisah sebenarnya nak di ambil berat oleh aku adalah problem yang berlaku dalam dunia bersosial atau lebih popular dengan nama social networking (sosial-jaring-bekerja). aku pasti malah dengan penuh rasa yakin menyatakan bahawa 95% penduduk planet bumi ada join social networking ni. Mana hilang 5%? haaa, senang sahaja, peratusan itu dipelopori oleh golongan bayi. (auta bukan fakta).

apa jenis problem yang aku nak sembang?

yaa, itu soalannya. apa jenis? sembang pasal apa? kenapa social networking menjadi pilihan? pendapat peribadi, mereka yang suka bersosial di alam maya terdiri dari mereka yang selalu menjadi mangsa buli dalam cinta, pelajaran, kerja mahupun rumahtangga. kebanyakan jenis pemilik akaun jaringan sosial ini terdiri dari mereka yang berstatus 'forever alone'. setuju? jikalau tak setuju, buat blog lain, tulislah pasal kau tak setuju. okay?

1. problem kepada aku, mereka yang selalu bersosial melalui kaedah maya ini, menjadikan laman sosial mereka seperti diari rahsia. ouhh man, aku taknak tahu kisah hidup orang lain. kalau nak cerita masalah, fesbuk, twitta, tumblur bukan medium paling tepat untuk digunakan tapi, digalakkan menggunakan kertas A4, luahkan segala isi yang terpendam, dan alternatif seterusnya, kau bakar atau kunyah. settle, and super simple. masalah pun hilang. rasionalnya, tak semua orang nak dengar luahan hati kau dekat fesbuk tu semua, orang lain nak online sebab nak tanya khabar kawan, atau pun diorang nak update diri diorang dengan current issues yang ada. al maklumlah, bebudak sekarang mana nak baca surat khabar, apatah lagi beli. perghh, taubat lahh kan nak beli. *diri sendiri sama je* 

2. ada juga manusia yang suka tweet benda yang remeh temeh. bukanlah nak cakap yang aku takde twitter. aku pun ada, tapi takdelah 24/7 kau nak tweet benda jadah? takkan nak pergi berak sekali pun kau nak tweet? motif sangatkan. ada sesetengah kes pulak, twitter menjadi tempat membahan orang yang tak berkaitan. cecontoh yang boleh aku bagi, followers korang sedang ber-unmensi bersama kengkawan yang lain, lantas, kau ternampak tweets diorang di taimlain kau, lantas kau bertindak untuk unmensi, join sekali membahan bebudak yang kau tak kenal. pe jadah? buat dosa bertambah saja. 

3. ada dalam kalangan penduduk bumi ni jugak, sukakan something yang boleh membuatkan isi perut mereka terburai ketika membaca artikel atau bahan lawak yang disiarkan. okay, itu takde masalah. tapi masalah yang nak aku timbulkan bila kau amik bahan lawak tu, dan kau buat macam kau punya sendiri. waddehel? hello kawan, kau tahu maksud plagiat atau gejala plagiarism? tak takut duit kau yang sepatutnya kau bayar laptop kau bulan bulan, tak pun bayar internet bebulan, kau kena korban sebab bayar saman? nak ke? tepuk dada, sakit sendiri,

4. menaikkan sesuatu status tentang perasaan tak jadi masalah. tetapi, bila kau menaikkan status dengan harapan akan ramai yang 'like' status kau, perghh, boleh buat gaduh bhaii. dah lah status tak best, lepas tu, berunsurkan fitnah, bias, feveretisme dan sumber negatif yang lain lah, tak best bro. lepas tu, bila orang lain komen buruk pasal status kau, kau naik angin. siap boleh komen " aku punya fesbuk, suka hati aku lah! " makcik! kami pun ada fesbuk jugak, sukahati kamilah nak komen apa pun. dah kat situ ada button 'comment' dan 'like' sahaja. kami taknak like, kami komenlah. pfffttt. -,-"

5. akuw nark cakarp yunk akuw xckew fulan bin si fulan bab dierw poyow nuck mam. akuw mencik dierw dowhhh. eh babi apa yang kau tulis ni? ada dalam kamus dewan edisi yang keberapa? aku nak belilah kalau ada. nak bawa gejala language disaster pun, jangan lah sampai menyamakan diri dengan bebudak tadika. malu tuu, diorang tulis pun lagi hebat dari korang yang tulis macam itu gaya, walaupun bebudak kecik tu pelat. sabo je laa.

6. fesbuk dan twitter adalah dua medium yang berbeza. kalau setiap 3 saat nak update status, baiklah kau pakai twitter gila! semak lah kat timeline fesbuk aku, muka kau sahaja, bersama status luahan hati celaka kau, aishh, ingat mark zuckerburg buat fesbuk untuk kau sorang je eh? ada akai pikiaq sikit.

banyak lagi problem dalam jaringan sosial (sosial-jaring-kerja) ni. aku sekadar cakap apa yang aku observe selama ini. salah satu proses menceburkan diri dalam bidang melakukan kajian. haha. tak puas hati? buat blog, tulislah pepanjang lebar. luahkan segalanya. senang.

aku menulis dengan niat menghentam dan menyedarkan. seandainya terasa, jangan risau. Aku buat benda yang sama....tapi masa jahiliyyah dululah. kbai.

- venhell -