Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

Wad


Ya, mereka inilah pesakit-pesakit kronik di tinta maya ini:


"Ilmu, semangat dan cinta. Semuanya bagi beliau di tahap yang gila. Tiga perkara ini yang mendorong beliau meneruskan cita-citanya untuk merubah konsep mahasiswa dan negara. Dilahirkan dengan naluri ketua, beliau berjaya mencabar pemikiran ramai mahasiswa agar mampu berfikir di luar kotak. Biar diherdik, lelaki ini masih tegar, biar diacu senjata lelaki ini masih mara kerana tiada kat mundur dalam kamus hidupnya. Kelihatan aneh dengan kacamata dan laptop lejennya, beliau begitu dihormati oleh rakan-rakan taulannya."
-Cik Siti Kecil


"Pesakit ini pada asalnya masuk ke wad kerana gila dek mencari seliparnya yang hilang. Seorang yang lebih gemar menggunakan bahasa melayu puitis sebagai bahasa pertuturan berbanding bahasa melayu pasar yang dianggap tidak hipster marcapada ini. Mempunyai badan yang tough ala-ala Zizan sehingga mampu membuatkan gadis-gadis jatuh tangga kerananya. Sehingga kini, seliparnya masih belum dijumpai."
- Cangkul Emas


"Seorang pemuzik yang sangat jahat. Mempunyai kemahiran sebagai jaguh di padang ragbi dan mampu memikat perhatian gadis-gadis dalam pertandingan, walaupun mutu suaranya masih menjadi perdebatan ahli intelektual. Malah dia juga berbahaya untuk masyarakat umum kerana K-POP yang asing lagi melalaikan itu. Aku tulis info dia macam gini sebab dia tak belanja aku makan mee goreng haritu. Kalau tak aku dah tulis baik sikit."
- Johan Radzi



Cik Siti Kecil

"Seorang wanita besi yang berintelektual tinggi. Mempunyai kulit mulus sehalus bayi, putih melepak bak tepung kanji. Periang dan berkawan dengan semua orang. Menulis dengan gila kerana merasakan dirinya sudah gila setelah lama tidak memegang pena. Tiada istilah risau dalam diri beliau, juga nukilan beliau tak pernah sasau. Gaya penulisan yang santai, ringan dan mudah difahami. Bercerita melalui pengalaman sendiri."
- Mermaid Jadian

Johan Radzi

"Salah seorang mangsa kekejaman dunia masa kini. Pada awalnya lebih dikenali sebagai seorang pembaca tegar kisah Hang Tuah dan rakan-rakannya, namun kini lebih selesa membaca tulisan tangan sendiri. Sedang menapak dalam dunia undang-undang, dan gemilang menulis bedtime stories untuk bakal anak-anaknya bersama datin si suri hati. Pemikir dan pengkritik ulung yang lantang tampil melontar buah fikiran untuk kepentingan manusia sejagat. Pencinta bola keranjang yang berdada bidang dan tinggi sehingga seringkali disalah anggap dengan bigfoot."
-Mat Amin

No comments: