Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130221

tiada yang kekal.

pernah memuja pelangi lengkap dengan tujuh warna itu? mesti pernah. paling kurang pun, kau akan terpesona sebentar dengan keindahan yang terpancar olehnya, kan? sedar tak, satu sifat mutlak yang ada pada pelangi itu? sebesar mana pun kau mengagumi akan keindahan warnanya, dia tak pernah kekal dekat atas situ, sekejap saja pelangi itu muncul, kemudian terus sepi. tanpa sebarang perkhabaran lagi.

pernah hati terpaut pada keindahan bulan? mesti ada bukan? sedar tak? bulan yang indah itu, tak selalu muncul di langit malam. hanya pada detik tertentu saja, barulah ia munculkan dirinya. sampai wujudnya istilah ' bagai pungguk rindukan bulan '. sebab bulan itu tak selalu muncul lah, hingga pungguk pun rindu. inikan kita manusia yang punya hati dan perasaan.

aku kira, ianya memang lumrah alam. memang aturan kejadian. memang suratan takdir. setiap yang datang, mesti akan pergi. tiada pernah yang kekal dalam hidup. meski aku terus cuba untuk bertahan, berharap sesuatu itu akan kekal untuk selamanya. namun, habis semuanya hancur dan musnah. aku tak mampu melawan arus hidup. kita mesti relakan sebuah kenyataan. perpisahan itu mutlak. namun, aku kesal kerna perpisahan itu terhasil dalam bentuk yang demikian. sungguh, aku sayang dan perlukan kau.

aku tak pernah bermimpi untuk menari di antara bintang bintang. kerna aku berpijak di bumi nyata. aku tak pernah berkhayal untuk berenang ke dasar lautan. kerna aku masih terapung di dasar waras. namun, aku bingung. mengapa mesti semuanya jadi begitu? ya, aku faham. engkau mahu nokhtahkan segalanya. namun, perlu ke sampai sedemikian sekali tingkah balasmu?

aku tak pernah merelakan pemergian kau. kerna kau antara pelengkap. cuma. aku tiada mampu untuk menghalang kepergian kau. aku tiada kuasa untuk meningkah kerna setiap yang berlaku pasti bersebab. lantas. berikanlah sebab yang menjadi asbab terhadap berlakunya semua itu. agar aku betah merungkai kata, mengubah rasa dari terus menyebal dalam jiwa. aku masih belum cukup ampuh untuk menghadapi semua rasa itu. maaf.  tapi aku tak faham. kenapa kau begitu kejam sekali ? kenapa ? setelah sekian lama, kenapa kau perlu putus wahai selipar jepun kuning kesayanganku. 


tsk tsk. sekarang cheq kena pi kedai, nak pi carik and beli selipar baru. hihi.
pssssssst. post ni takda kena mengena dengan sesiapa tau. 

- Mat Amin -


mai pakat lambung lambung !

"kalau lah maid tu depan mata aku sekarang, mesti aku lambung campak dia macam dia buat dekat baby tu", 
"kalau lah baby tu adik or anak aku, mati maid tu aku kerjakan".
"kalau lah aku bapak baby tu, aku pijak pijak maid tu ha".

kalau lah itu, kalau lah ini. tak habis habis nak main dengan kata KALAU hangpa tu! sampai mati pun tak akan habis kalau semua orang duk kepoh nak main KALAU. semua duk kecoh dengan isu lambung lambung baby oleh maid atau amah atau orang gaji yang katanya berasal dari negara seberang tu. ikutkan, memang apa yang maid tu buat dekat baby kecik comel cute bagai tu sesuatu yang tak patut. tapi hangpa fikir, hangpa duk komen membabi buta, kononnya semua peka dengan segala hal isu semasa dalam negara ni, guna bahasa yang kesat nokharom tu, hangpa tak keji ? cakap pungpang, tuit merepek merapu, status fesbuk meraban. semata mata nak tunjuk dekat satu Meleis nih yang hangpa pun kemain ambik tahu tentang isu semasa. memang, tak dinafikan bagus sebab hangpa semua peka dengan keadaan sekeliling. tapi cara nak menegur tu, tak wajar.

negara kita ada sistem. pembantu rumah tu buat perangai tak wajar, dan ada sistem keadilan dekat negara kita yang akan ambil tindakan dekat dia. dan dalam sistem tu, takde satu patah haram jadah pun ada masukkan yang hangpa kena kasik komen or pendapat hangpa mengenai isu tu. takda apa pun weh. jadi, cheq rasa tak perlu kot hangpa semua nak pakat kalut post itu ini.

kemudian, terus naik isu kata gomen kita nih duk sakan bagi muka dekat depa. dekat Indon semua tu. baik sangat dengan depa. siap ada yang kata gomen kita nih takut dengan gomen seberang tu. cerita dia, dah hangpa semua duk pakat tak mau kerja lagu tu. semua duk kata kerja maid ni gaji rendah, tak kool, tak macho, memalukan. hmmm. dan dalam ramai ramai kelompok manusia dengan sini, orang orang seberang tu je yang sanggup nak buat kerja tu semua. depa je sanggup, hangpa ?

jadi, pasal isu maid melampau terlampau dilampaukan ni, semuanya pasal risiko. kalau hang nak amik maid, ikut nasib hang la. pak sedara cheq ada ja dapat maid kemain baik. sampai tok cheq pun kemain sayang dekat maid tu sebab baik sangat. tak semua maid tu suka main lambung, tapi tak semua maid tu baik juga. hati hati. pilihan semua di tangan hangpa, jadi hati hati narr.



- Mat Amin -


20130220

Marah

Marah,
semua orang ada benda ni dalam diri dia.
cuma bezanya cara mengawal.

Aku di sini bukanlah ustazah yang mampu menghambur hadis dan firman
kerana aku tahu semua itu boleh dicari, dibaca sendiri.
Aku di sini hanya ingin dan mampu menceritakan
atas apa yang aku rasa dan lalui.

Marah yang ingin aku bicarakan di sini
Bukan jenis yang carut mencarut, maki memaki
tetapi--
yang sampai tahap naik tangan naik kaki
sampai kau tak boleh guna akal sendiri
akibat terlalu mengikut kata hati.

Percayalah--
Marah ini mampu dan boleh dikawal.

Bagaimana?
Dengan cara berdiam, dalam hati ia tersimpan.
Bagi aku, biar marah yang disimpan bertukar menjadi kesedihan
daripada engkau bertindak di luar kawalan
yang akhirnya bikin diri dimalukan.

Bukan aku nak kata aku ni penyabar.
Tidak.
Aku juga manusia biasa.
Mood swing sentiasa.
Tetapi orang tahu, kalau aku diam--
Maknanya ada sesuatu yang aku pendam.

Biar orang nampak muka kita masam,
daripada kita tumbuk orang sampai lebam.


Kadang kita diasak dengan provokasi
Tatkala itu darah dalam diri meninggi
Hati berapi-api
Akal dan jiwa tak sebati
Maka inilah masa menguji diri
Sama ada kita masih mampu mengawal kewarasan akal fikiran
Sama ada kita masih mampu mencari dan mengekal pedoman.

Kan aku dah kata,
Biarkan marah bertukar menjadi kesedihan
dan kesedihan itu kita pendam, kita simpan.
Sakit?
Memanglah.
Sekurang-kurangnya yang sakit itu kita seorang rasa.
Daripada tahap marah kau sampai nak naik tangan,
Bukan saja malu, orang anggap kau kurang kebijaksanaan.

Lebih baik berkesedihan,
daripada menampakkan kebodohan.
Kerana ingatlah kita masih ada Tuhan.


-Mermaid Jadian
(Yang selalu marah bertukar sedih)


20130218

dramalaya

drama, drama, drama. haa, melayu dengan drama, bagai aur dengan tebing, bagai kacang dengan kulit, bagai kuku dengan kaki, bagai hilang tumbuh balik. cenggitulah diumpamakan betapa rapatnya melayu dengan drama. kali ini aku tak tahu sama ada aku menghentam atau kritik. tapi tulisan ini takde kaitan dengan yang hidup, mati dan yang sedang membacanya. hehe.

PENGENALAN
Sinetron, cerekarama, cerita bersiri, kisah benar atau kisah tauladan merupakan contoh drama. drama ini boleh aku tafsirkan sebagai tontonan kepada umum tentang kisah hidup kita seharian. baik buruk, cantik tak cantik, kejam bunuh dan curi mencuri adalah satu benda yang selalu terjadi depan TV mata kita. Jadi, produser dan pengarah mula mengambil peluang membuat duit dengan membuat atau mendirektori kisah sebegini untuk disiarkan pada orang ramai. enough!

MOTIF
aku tak rasa drama melayu yang dipertontonkan sekarang ni membawa agenda yang baru. semuanya sama. kalau tak cinta, sedih, menangis, busuk hati, dengki, mertua vs menantu, memang bukan cerita melayulah kisahnya kan. gituu. kenapa tak ramai orang melayu yang nak buat cerita bermotifkan perjuangan anak muda, perjuangan dalam pelajaran atau perjuangan menuntut hak kebebasan dan asasi manusia? bukan aku cakap takde, tapi kureng ahh. banyak yang ada kat filem kot. apa motif? drama tak best mana, siar hari hari, muak lah. Motif itu kengkadang tak nampak langsung. apa yang kau cuba sampaikan pada penonton ha? kau ingat semua penonton ini mampu berfikir secara kritis dan kritikal? ohpelis. sila faham, mereka yang minat nak melopong depan tv tengok drama petang cenggini terdiri dari kaum ibu yang kebanyakannya menjadi suri rumah, bibik bibik yang diimport dari negara jiran, remaja remaja yang sedang keliru dengan emosi mereka, dan tak kurang juga kanak kanak yang tak cukup umur untuk berfikiran orang tua. ahh, tensi gituu.

LOGIK
kengkadang, kita boleh fikir, drama ini selalunya mengisahkan tentang kehidupan realiti, tapi kenapa ada yang tak masuk logik akal? siap bermain dengan hantu, asal bercinta, dengki saja, main hantu, main jin. wei, jin pun penatlah. dah la bayaran takda, lepas tu upah manusia menyerupai mereka pula. bukan nak kata mulut cabul, tapi patut pun 'mereka' mengacau secara nyata. sekarang zaman moden, nak cerita benda tahyul, biar masuk logik sikit. aku ambil contoh macam drama yang dok cerita pasal orang minyak. orang minyak ini memang ada, dan kita sendiri tahu orang minyak bertindak kerana motif. jadi, logik akal kalau nak dedahkan pada orang. kekadang pulak, drama itu ceritanya hanya cinta dan cabaran bercinta, dan dan tu lah pulak boleh masuk mertua main hantu, kawin dengan jin, bercinta dengan orang yang tak wujudlah. hey deyyy, pebenda ni? drama dah lah panjang, sinetron tak payah ceritalah kan. jalan cerita sama. tak habis habis unsur saspen. nak mampus, boleh hidup balik. palotak dia! magik agaknya. ishh. menyampahh!

SKRIP
skrip menjadi satu masalah yang nyata. pelakon nampak plastik bila mereka ikut skrip bulat bulat. dengar nada suara pun tahu. aku pun boleh tahu nada marah, nada sedih, nada kecewa, nada cinta. nada cinta? oh sorry, aku tak layan cerita indon bagai ini. merepek tahap tuttt. pelakon ni semua nampak macam boneka di panggung puppet mini tahu? aku duduk depan TV dengan harapan moga pelakon ini mampu menjiwai watak dengan lebih berkesan sehingga mampu melunturkan mekap di wajah wanita bermuka tepung. dengan perkataan simple, menangis lah. setakat menjiwai watak, tapi menghafal skrip tanpa memahami, tak guna kau makan duit lakonan yang tak berkualiti. patut pun kekadang kena kejar dengan melodi. aku boleh jadi minat, aku boleh jadi meluat. satu benda je aku puji, inisiatif pihak TV untuk sediakan subtitle berbahasa inggeris di sudut bawah gambar bergerak itu. bagus! sambil tonton, sambil powerkan bahasa asing penjajah itu. satu tepukan! clap!

JALAN CERITA
aha, ini tak payah nak komen banyak. wajib kena hentam ini. kenapa? aku tengok drama, selalu sangat mempunyai jalan cerita yang sama, berbeza tajuk dan skrip. alahai, melayu, bagi lah drama yang boleh kasi impak tsunami sikit. janganlah tiru bulat bulat macam indonesia punya cerita. ada pulak tu, tiru drama korea jadi drama sendiri, macam cerita my girl versi thailand. palotak dia. wakluuuu! sumpah kelakar tahap dewa dewi. takda originality langsung. lepastu pulak, jalan cerita yang tak konsisten juga menyebabkan sesetengah pihak memandang produser hanya mengutip untung tanpa memberikan kepuasan kepada pihak penerima iaitu tukang tengok. aku ni tukang carut. lain versi. tolonglah, bagi lah satu drama yang aku, kami, dia, mereka, kitorang tak dapat predict ending dia. baru syiokk tangkap leleh gituu.

KONKLUSI
aku hanya harapkan yang terbaik dari produksi drama di Malaysia. kalau aku cakap lancang sangat, jangan sentap tapi ambil sebagai tapak permulaan untuk berjaya. kalau drama bagus, takde orang kondem. ini sebab tak bagus lah aku berdrama bagai. penat juga berlakon ni. dah lah, nak mandi. babai.

*aku tak tengok TV sangat. sebab banyak cerita merosakkan pemikiran kanak-kanak seperti aku. motivasi dipinta, tahyul diberi. apo kono eh jang? haha.

- venhell -

20130217

kahwin

kahwin? semua orang nak kahwin. kecik kecik dah menggatal nak kahwin. sebab apa? ahha, nafsu. ecececeh. semua gatal. alahai. cembodolah. okay, aku teringin nak kupas isu hantaran yang selalunya memang menjadi 'tsunami' terbesar melanda ombak rindu di badai hati gitu..bukan apa, aku tak nak maki hamun mencarut marut dekat orang, jadi di laman gila inilah platform aku nak menulis pasal ini.

HANTARAN
pada pemahaman aku sendiri, hantaran ini berbeza dengan mas kahwin. menurut Islam, mas kahwin itu adalah bayaran kepada pihak perempuan untuk melangsungkan upacara akad nikah. mas kahwin ini juga disebut sebagai salah satu MAHAR iaitu pemberian wajib dari pihak lelaki kepada pihak perempuan ketika hendak melakukan upacara akad nikah. Mahar ini tak perlu tinggi-tinggi. memanglah ditentukan oleh pihak perempuan, tapi tak payah nak kejam sangat boleh? yang nak kahwin tu bukan maknya, anaknya kot. tapi keluarga perempuan pula lebih lebih. alahai, anak raja pun taknak kalau harga mas kahwin macam nak bina burj Dubai. melampau!

aku nak komen lagi, (kes tak puas hati), sistem pembayaran mas kahwin ni, kenapa tidak diselaraskan satu Malaysia? kata transformasi satu Malaysia. haha. aku menjadi hairan macam katak nak makan semut. kenapa mesti berbeza bayarannya bagi setiap negeri? susah nak selaraskan? okay, agak lancang, tapi sukahati tak suka pergi mati. sebab Islam itu satu, agama menyarankan agar bersederhana dalam berbuat apa sahaja. kesian pihak lelaki, nak kahwin pun susah, sebab tu jangan tanya kenapa lelaki lambat masuk minang. haa, kes macam ni punya pasal lah. akhirnya, couple berkhalwat, dapat kahwin free. nampak tak permainan dia? tak nampak? kau punya pasal.

kalau nak cerita soal adat, ohh wahai cik adik cik abang pakcik makcik sekalian, adat tak bawa mati. perkahwinan ini dikira sebagai ibadat, bukan adat. tak semua yang tertera dalam adat itu, wajib kita ikut, sedangkan ibadah wajib dalam Islam pun tak buat, lagi kan nak ikut adat. huh. kasihanilah anak nak kahwin tu, jangan sampai diorang ambil keputusan drastik untuk ditangkap khalwat sebab nak kahwin free.

PERKAHWINAN
kos belanja kahwin? menjadi satu lagi gelombang tsunami yang terbesar dalam membedal pantai hati. ahh, stop bermadah! kenapa kena belanja mahal mahal? nak nampak ekslusif? nak nampak gah ke? ohh, please, semua ini tak menjamin syurga! Syurga lebih indah! alasannya, takpelah, kawin seumur hidup. mari sini aku bagi sedikit statistik tidak tepat tapi boleh jadi kenyataan. ramai pasangan yang bernikah dengan hantaran yang mahal cepat bercerai. bukan doakan tapi ini boleh menjadi fakta. sebab? kalau belanja kahwin tu samapi lapan puluh ribu serba satu, perghh, banyak akibat yang boleh terjadi. orang kahwin nak hidup bahagia, bukan nak hidup sengsara dengan beban hutang. lelaki juga yang kena tanggung hutang. ini sebuah jenayah!

bakal mak mertua ayah mertua mama abah mami papa daddy ummi abi mummy dan sedara yang berkaitan,

kasihanilah menantu anda. mereka nak berkat dalam perkahwinan, nampak gah tu belakang cerita. kadang kadang, aku jadi pelik, kenapa anak kahwin, tapi mak dan ayahnya yang berhias kalah pengantin? kenapa? nak nampak vogue gitu? oh stop. banyakkan beristighfar. kalau kamu masih gunakan alasan " takpelah, kawin sekali seumur hidup, apa salahnya, nama pun raja sehari ". aku balas dengan selamba " kalau macam ni lah katanya kawin seumur hidup, aku rasa boleh jadi kawin banyak kali seumur hidup ni ". sebab apa? isteri tak tahan suami dibebani hutang, diorang pun angkat kaki seribu biarkan laki patah seribu haa gituu. tak berkat tau.

KONKLUSI
aku nak kahwin. tapi bukan dengan gaya macam ni. kalau mertua tak suka, aku cari lain. aku yang bayar, jadi, ikut syarat aku. consideration is needed. then proposal is accepted. babai.

- venhell -

Catatan Kepala Bapak Kau

Mana-mana individu yang tidak pernah merasai pengalaman zaman "nama bapak", "kepala bapak", "nama mak", atau "kepala mak" adalah orang-orang yang loser. Jika diimbas kembali nostalgia, pembaca akan sedar bahawa ketika zaman kita bersekolah tidak kira sama ada di sekolah menengah atau rendah, akan ada satu fenomena mengejek nama bapak. Ingat lagi tak?

Lagi teruk sekiranya nama bapak seseorang itu pelik, berlainan atau semacam seperti "buruk", "sampah", "jebon". Ya, nama-nama seperti wujud dan ini merupakan pengalaman saya sendiri.

P. Ramlee atau Charlie Chaplin Malaysia saya kira meletakkan berbagai-bagai mesej dalam filemnya. Petikan dalam filem Labu Labi di bawah mungkin saya dapat jadikan sandaran kepada apa yang hendak saya ceritakan selepas ini.



Saya tidak mempunyai adik beradik perempuan. Jadi, mungkin faham saya kurang tentang sentimen dan sensitiviti mmpunyai adik perempuan. Jika kita biasa menonton filem, kita akan lihat betapa si abang begitu saya adik sehinggakan sanggup membunuh boyfriend kepada adiknya. Lebih - lebih lagi bila adiknya disentuh, dikongkek atau dalam bahasa yang lebih beradab "ditebuk tupai".

Dalam masa yang sama, si abang merupakan geng samseng 36 , sering memukul, merompak, mencuri,membunuh, mengencing, merogol, beromen, melancap dan berbagai-bagai lagi kesalahan yang maha dajal. Si abang juga selalu mengecewakan Jamilah janda hujung kampung.

 Tapi, pantang adiknya disentuh terus dibelasah kawan adiknya sedangkan dia pun bertindak sebegitu.

Ini juga berlaku dalam realiti! Apabila si abang berbuat jahat, itu tidak mengapa. Kata orang ; "exception to the general rule." Bila adik atau kerabat disentuh, itu haram.

Begitu juga yang saya ingin ceritakan realiti di zaman ini. Cuba lihat bila mana Labi (P.Ramlee) telah menyepak dan memijak "kepala bapak" Labu(M. Zain). Tetapi, bila Labu ingin memijak "kepala bapak" Labi, Labi tidak benarkan.



Itu masalah kita pada hari ini. Kita berbuat dajal tetapi kita tidak mahu dajal menimpa kita dan keluarga kita.
Kitaran ini berlaku dalam banyak perkara dalam negara termasuk yang berkisar tentang isu-isu politik, ekonomi dan juga sosial.



MAHASISWA DAN POLITIK : Suatu ketika dahulu, mahasiswa di bawah pimpinan Solidariti Mahasiswa Malaysia pimpinan Syukri Razab banyak mengetengahkan idea non-partisan dan memperjuangan keadilan (boleh rujuk kenyataan media). Dalam masa yang sama, mahasiswa mengkritik tindakan mahasiswa UMNO/BN yangs seolah ingin berkuasa. Katanya mereka poyo, asyik berbaju batik sibuk nak jadi YB.

Namun begitu, pada hari ini, mahasiswa yang sibuk nak bertanding di Pekan. Benar, mungkin ia reformasi prjuangan. Tapi, sampai bila? Mungkin akhirnya akan lobos di puncak kuasa.

BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT : Parti di bawah PR sering bercakap soal demokrasi dan hak asasi supaya selaras dengan konsep constitutionalism. Tetapi, sejauh mana hal yang mereka katakan itu berniat ikhlas? Orang UMNO sememangnya dari zaman Tunku hingga Najib Mongolia memang bersikap diktator dan mengetepikan hak asasi.


Bila cakap berlawanan dengan mereka, mereka halau, pukul, hantar samseng, pulaukan, buang universiti, korek mulut dan bermacam lagi. Tapi, bila orang nak memukul dia, dia menggelabah.

PR pula bercakap soal demokrasi, tapi pantang dikritik, jadi tidak senang. UMNO luah ekspresi dengan filem 13 Mei Tun Razak, Karpal marah.

Adakah benar mereka sang pencinta demokrasi?

ORANG BIASA, PER-KIASU DAN PEKEDA : Bila disuruh orang menjalan 'operasi', mereka patuh macam lembu. Sanggup pukul sesama sendiri. Walau soal teman wanita, sanggup berjuang demi patron mereka. Tetapi, bila orang ganggu bangsa, anak, adik perempuan, cikaro, awek, bini, kereta, motor, atau sepapat mereka, pihak ini melenting. Adakah itu adil?


Adakah semua orang sudah bersedia untuk perubahan? Tidak kira dalam soal apa kita mesti berbalik kepada soal pokok. Jika kita tidak cuba tunjukkan dan lakukan perkara baik. Mana mungkin orang bisa berbuat begitu kepada kita.


AZAZIL,
PORT SWETTENHAM, SELANGOR.
17 FEBRUARI 2013.

20130216

Pembacaan.

Seperti yang saya kutip dari entri blog asal.

Dalam novel Norwegian Wood tulisan Haruki Murakami, Nagasawa memberitahu protagonis, Toru Watanabe bahawa "Sekiranya kau membaca buku yang orang lain baca, maka pemikiran kau pun akan jadi sama seperti mereka. If you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone else is thinking.”


Haruki Murakami, salah seorang penulis yang banyak menyumbang kepada kesusasteraan moden.

Jadi disini timbul soalannya, apakah buku yang dimaksudkan oleh Nagasawa itu? Saat itu mereka berbual mengenai kesusasteraan Barat dan kedua-dua mahasiswa ini berkongsi minat terhadap The Great Gatsby, karya besar F. Scott Fritzgerald. Nagasawa mencemuh kawan-kawannya yang lain kerana lebih suka membaca 'picisan' atau karya-karya yang terlalu cliche. Dia tidak mahu jadi seperti mereka. Nagasawa membutuhkan perbezaan, dan sepertimana dia percaya - pemikiran seseorang manusia dilentur oleh buku yang dibacanya.

Dan semalam ditwitter, perdebatan hangat perihal buku sastera lawan buku picisan ini dihangatkan semula. Siapa yang menyalakan apinya - itu kurang penting berbanding apa yang api itu cerahkan untuk kita nampak sebelum ia padam. Aku tak sempat membaca keseluruhan debatnya, tapi aku kira, beberapa tweets sudah memadai untuk aku erti substans yang meminyaki api ini.

Sesetengah orang berhujah, buku picisan/alternatif/dll merendahkan mutu sastera dengan penggunaan bahasa dan plot yang gampang. Bahasa yang digunakan kadang-kala terlalu pasar, tidak mengikuti hukum, dan kedengaran keterlaluan apabila bahasa carutan diulang-ulangkan oleh penulis. Perkataan-perkataan seperti pukimak, lancau, dan seumpama digunakan supaya sesebuah karya itu kelihatan lebih real.

Ini dibalas pula oleh beberapa orang yang lain kerana buku picisan/alternatif/dll bukanlah mempunyai matlamat yang serupa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Mereka mahu menarik pembaca buku, bukan pembaca sastera. Ada juga yang ingin mempertahankan penulis-penulis ini dengan berkata "Kau kritik banyak sangat pasal buku, apa kata kau tulis buku?"

Komen itu sebenarnya sangat tidak demokratik. Ruang itu harusnya tidak patut dipersempitkan. Setiap pembaca bebas menyurarakan pendapatnya. Ini kerana apabila seseorang penulis menulis sebuah buku dan mempersembahkan karya kepada umum, maka dia juga harus berani menerima kritikan - walau betapa pedasnya ia. Setiap penulis seharusnya bersifat lebih terbuka dan mampu menyerap kritikan itu supaya dia menjadi lebih bagus. Improvising. Untuk pihak pembaca pula, walaupun ya mereka berhak mengkritik, tetapi biarlah ia dipacu dengan substans dan biarlah ia membina. Tidak salah mahu mengkritik, tetapi ia berdosa sekiranya kamu memperkecilkannya sampai satu ekstensi, menafikan penulisannya.

Bagi aku secara peribadi, aku setuju dengan kritikan pertama perihal bahasa dan plot. Dua struktur ini sangat penting dalam pembinaan sebuah karya. Aku kurang gemar membaca buku-buku picisan/alternatif/dll kerana kebanyakannya menggunakan bahasa yang aku kira, keterlaluan disamping plot yang juga kadang-kadang melaut. Walau bagaimanapun, picisan/alternatif hanyalah sebuah label, dan ada juga beberapa buku yang melekat direlung otakku, Mat Tiara misalnya. Itu selera masing-masing dalam menentukan.

Aku mula membaca dengan buku-buku Dan Brown. Ini berangkat pula ke Phillip Pullman, Eoin Colfer, Robert Ludlum, dan lain-lain sebelum aku mula mengenali karya-karya tanahair seperti A. Samad Said dan Faisal Tehrani. Kemudian melalui pendedahan diinternet, aku tahu mengenai zine dan buku-buku alternatif. Kalau bukan kerana Revolusi Internet, maksud zine itu sendiri dan kewujudannya pun aku tidak tahu apa. Aku hormati usaha mereka kerana mampu menulis dan menerbitkan karya dengan titik peluh sendiri.

Industri ini tidak patut diperkecil. Benar karya mereka masih biasa-biasa, tetapi itu kerana industri buku dimalaysia masih muda. Ia ibarat seorang bocah dan tugas para pembaca ini tidak lain dan tidak bukan membimbing dengan kritikan yang matang. Interaksi antara dua pihak ini penting untuk terus memartabatkan budaya membaca dikalangan masyarakat. Cubalah bersifat ego mana sekalipun, kita tak mampu nafikan bahawa mereka juga terlibat dalam membentuk masyarakat yang membaca, bukan buku-buku DBP sahaja. Malah buku-buku DBP juga kadang-kadang gagal dalam menarik pembaca-pembaca yang baru bertatih.

Pokoknya mudah, interaksi kedua belah pihak. Rasa hormat. Buangkan rasa bongkak. Penulis harus lebih banyak membaca karya-karya bagus untuk diserapkan kedalam penulisan mereka supaya tidak tandus dengan substans dan idea. Kamu juga berperanan untuk membentuk minda masyarakat, maka bentukkanlah semoleknya. Bukan sekadar carutan kosong dan menulis-hanya-untuk-menulis. Ada beza antara penulis yang membaca dan penulis yang tidak membaca. Ada beza.

Satu hari nanti, aku juga mahu menerbitkan sebuah buku jika diizinkan tuhan. Buat masa sekarang, aku masih mengumpul idea untuk merangka karya. Harapnya nanti pembaca pun tidak terlalu keras menghentam penulis-penulis yang mahu menceburi dunia yang mencabar ini.

"Sastera tidak boleh diikat, dirantai, mahupun dikurung. Ia bebas bergentayangan. Ia harus membakar dalam banyak warna!"


Ini saya pinjam dari Jargon Books.


Nota: Kawan saya, Alia Affendy sedang mengumpulkan buku kanak-kanak untuk projeknya #BooksForChildren . Sekiranya kamu ada buku yang baik untuk disumbangkan untuk pembacaan kanak-kanak, carilah tweethandle ini @alia_affendy . Mari kita sama-sama meraikan budaya membaca!

20130213

Separa Ignorant

Malam ini aku terasa seperti ingin kembali menulis selepas hampir setahun aku tinggalkan hobi ini. Mungkin kerana aku sedar tulisan aku kurang matang dan tidak bagus. Selepas setahun , akalku yang mentah ini seakan mahu memuntahkan sesuatu untuk dikritik manusia. 

Ignorant . 

Segelintir manusia beruntung kerana mereka antara golongan yang "aware" dengan isu semasa . Tapi bagi si Ignorant, ia bukanlah satu kepentingan. Lupakan total ignorant kerana mereka yang mahu begitu, tetapi apa yang hendak aku ceritakan adalah separa ignorant. Mungkin bukan ayat yang sedap HAHAHAH. Separa ignorant ini adalah manusia seperti aku yang tahu akan isu semasa tetapi lebih memilih untuk menutup mata. Bagi kami, itu semua tiada  membawa kepentingan kepada diri kami. Umpama melihat kejahatan ditutupkan matanya kerana ia tidak membawa malapetaka terhadap dirinya.
Situasi pertama :
Di dalam KTM yang penuh sesak, seorang mak cik yang sarat mengandung masuk dan melihat sekeliling lalu berdiri di sebelah lelaki remaja. Lelaki itu tahu wanita itu memerlukan kerusi itu lebih daripada dia, tetapi mungkin lelaki itu berfikir, 'Kenapa aku harus beri kerusi aku? Nanti aku yang kena berdiri. Aku yang letih.'

Situasi kedua :
Seorang mahasiswa yang boleh berfikir dengan waras sedar dan tahu akan ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan ataupun authority kepada mahasiswa lain memilih untuk menjadi neutral. Mungkin mahasiswa itu berfikir, 'Biarkan sahaja, asalkan aku tidak ditindas.' Walhal, menjadi seorang yang neutral itu umpama menempa sebelah kaki ke neraka kerana anda melihat kebatilan dan mendiamkannya.


Separa ignorant ini boleh dikatakan bersamaan dengan pentingkan diri. Apa yang difikirkan hanya diri sendiri. Kepentingan diri , keselamatan diri dan berbagai alasan muncul di kepala semata-mata untuk melindungi diri. Itu semua adalah alasan yang dicipta oleh separa ignorant seperti aku untuk tidak keluar dari zon selesa. 

Wahai rakan se-separa ignorant

Tanyalah diri anda; Apakah yang sudah anda capai selama anda berfikiran seperti ini? Apakah kebaikan yang sudah anda dapati? Tidakkah kalian sebenarnya merasa cemburu dengan mereka yang "aware" dengan situasi semasa? 


Aku sangat cemburu dengan orang yang "aware" dengan situasi mereka. Aku sangat cemburu dengan orang yang mampu berfikiran kritis . Kerana itu aku sentiasa cuba berubah untuk keluar dari separa ignorant ini. Sesungguhnya terlalu banyak yang ingin aku capai tapi tidak bisa kerana aku separa ignorant. 

Mesejnya ringkas dan mudah;

Terlalu ramai mahasiswa separa ignorant sehingga tidak mampu keluar dari takuk lama dan maju ke hadapan. Mahasiswa kini hanya mengejar ijazah dan menganggap melakukan perkara sampingan itu hanya akan melecehkan hidup kita. 
-CSK


 

Laksa v Spaghetti





   








Laksa berkata kepada Spaghetti,                                                         Maka Spaghetti pun membalas,

"Kau tu dah lah penjajah!"                                                                   "Aku penjajah pun, orang tetap cari aku."
"Tak sedap, mahal pulak tu!"                                                               "Aku mahal sebab aku berkualiti!"
"Susah nak dapat bahan."                                                                    "Siapa kata susah? Zaman sekarang
"Tengok aku, kat mana-mana ada jual."                                               semua bahan ada dijual di pasar raya."
"Tepi jalan, pasar malam, bazar Ramadhan,                                        "Aku tak dijual di tepi jalan sebab aku
kedai makan, restoran, semua lah!"                                                      ekslusif, bukan macam kau, kereta lalu
"Bahan-bahan nak buat aku murah, senang nak dapat.                        lalang kena habuk, asap debu."
Tak leceh macam bahan nak masak kau!"                                           "Nak masak kau lagi leceh, satu hal nak
"Siapa makan aku dia sihat sebab aku terkandung                               kena siang ikan, rebus, kopek bagai.
protein, karbohidrat, vitamin semua cukup."                                        Eeeew, geli. Membazir tenaga."
"Siapa makan aku dia cepat kenyang sebab aku                                   "Orang bela hantu raya makan aku
terkandung isi ikan, sayur, nenas, telur,                                                 memang tak reti kenyang. Aku ada
kuah sedap!"                                                                                                 meatballs! Lalala.."


Kedua-dua mereka terus bergaduh dan bercanggah pendapat. Mereka tidak sedar akan perlakuan mereka itu hanya memalukan diri sendiri. Provokasi demi provokasi tanpa henti dilakukan kerana masing-masing merasakan diri mereka punya kelebihan. Mereka tidak sedar kedua-dua mereka punya rasa masam. Rasa masam daripada asam keping dan tomato. Rasa masam yang boleh membeli nikmat sekiranya diambil dengan kadar sederhana dan boleh memberi mudarat jika diambil secara berlebihan.



-Mermaid Jadian



*kredit gambar: sumber carian google

20130212

ulama kuda kerajaan...puiiiiii3


Jika rasulullah sendiri tidak berhak meminda al-Quran,tidak juga rasulullah berhak meminda hukum-hukum syarak yang ada di dalamnya.Tetapi realitinya zaman ini semakin ramai manusia yang berani mendabik dada meminda hukum hukum Allah.
Kita lihat kembali ke masa lampau yang mana kita semakin lupa akan sejarah islam.Mustafa Kamal Attartuk merupakan manusia biadab yang meruntuhkan system khilafah yang terakhir di turki.Beliau mempunyai  ramai balaci atau kaki ampu yang bertopengkan nama ulama yang mengiyakan semua tindakan pemerintah.Shah Iran yang kuat bekerja meruntuhkan islam akhirnya diruntuhkan imam Khomeini.Si mangkok shah iran ini juga mempunyai kaki bodek dan lelaki bacul yang bergelar ulama yang sentiasa mengiyakan kata kata sang mangkuk shah iran.Selain itu, Jamal Abdul Nasir,manusia jenis ini sangat terkenal dengan kekerasan menindas pergerakan dan perjuangan islam.Manusia jenis ini juga mempunyai golongan ulama bacul yang mengiyakan kata kata yang diucapkannya.

Ulama jenis ini menganggap bahawasanya perjuangan menegakkan islam di bawah pemerintahan sekular adalah satu bentuk penderhakaan,pemecah belah masyarakat dan penderhaka.Adakah anda perasan ada ulama jenis ini di bumi Malaysia?

Adapun perjuangan menegakkan Negara islam merupakan impian wajib yang ada di setiap lubuk hati mukmin dan muslim yang suci.Sejarah juga membuktikan bahawa kerajaan islam di Andalusia Berjaya ditegakkan walaupun umat islam adalah umat minoriti di Negara itu.Malaysia ini majoritinya islam mengapa kita fobia dengan idea menegakkan Negara islam?menegakkan Negara islam itu wajib.Negara islam ialah Negara yang menggunakan sepenuhnya system islam.bukan hanya sekadar ambil separuh dan tolak separuh.jelaslah bahawasanya Negara Malaysia bukan sebuah Negara islam dan menentang kerajaan Malaysia bukanlah satu jenis pengkhianatan di sisi islam.

Sejarah islam dahulu telah menyaksikan bagaimana ketika pemerintahan saidina Ali R.A berlakunya pemberontakan yang diatur oleh puak khawarij.Ya ini benar satu penderhakaan kerana pemerintahan sadina Ali itu adalah pemerintahan yang adil serta berlandaskan al-Quran dan al-Hadis secara total.Tetapi adakah kerajaan Malaysia ini adalah sebuah Negara yang sama cara pemerintahannya dengan pemerintahan saidina Ali?

Dalam hal ini saidina Ali telah menghantar Abdullah bin Abbas untuk bersemuka dengan puak khawarij dan berdebat dengan puak kahwarij ini.jika puak khawarij kalah berdebat dan masih mahu terus melakukan pemberontakan maka pihak kerajaan sedia memerangi mereka.
Sekian lama kerajaan Malaysia mengecam ilmuan islam di Malaysia,musa hitam selepas berlakunya peristiwa memali mengaskan dan mengancam tok tok guru supaya jangan menjadi pelampau agama.dan mengatakan bahawa Jemaah di kampong memali adalah golongan komunis dan telah Berjaya diselesaikan katanya di hadapan pemberita dalam dan luar negeri.

Kerajaan menginginkan ulama masa kini hanya mengajar tentang haid dan nifas di masjid masjid.mereka mahukan golongan ulama yang mengiyakan apa jua tindakan mereka.mereka tidak mahu ulama yang bercakap tentang soal pemerintahan islam,ketidak adilan dan soal kenegaraan yang berlaku masa kini.kejayaannya,lihatlah majlis fatwa kebangsaan pernahkah mereka mengeluarkan fatwa terhadap mangsa ISA?penahakan majlis fatwa mengeluarkan fatwa atau menasihati kerajaan supaya menghentikan akta zalim ini?lemahnya iman kita,mengaji hingga PHD, duduk di dalam pejabat berhawa dingin sambil bersongkok tinggi,mempunyai pangkat yang tinggi dalam majlis fatwa tetapi masih takut menyatakan kebenaran.

Aku juga ingin menyatakan kebosanan terhadap segelintir ustaz yang asyik mendendangkan irama perpaduan.aku sudah muak,bagi aku ustaz jenis begini elok bersara dan pergi sertai rukun tetangga kerana mahu menguatkan perpaduan dan jangan duduk di medan ilmu jika takut menebarkan kebenaran.mana tidaknya kuliahnya hanya berkisar tentang hadis dan ayat al-Quran yang berkisarkan kewajipan taat kepada pemerintah tetapi tidak pernah menyatakan hadis dan ayat al-Quran yang menyatakan tentang kewajiban menentang pemerintah zalim..APA JENIS BENCANA INI???

- O K A M A

Mahasiswa kerjanya kejar ijazah sahaja,

Mahasiswa, bila saja kata nama ini disebut pasti rakyat jelata semua terbayangkan bermacam-macam universiti awam mahupun swasta berserta segala isinya. Itu bagi rakyat jelata biasa. Ahli politikus pula boleh mendefinisikan 'mahasiswa' pada dua bahagian, boleh jadi 'kuda' dan juga 'ancaman'. Tak kiralah dari belah kiri atau kanan. Itu gua taknak cakap gebang, takut salah letak informasi nanti malu sendiri. Yang gua nak gebang adalah kata-kata golongan panglima-panglima yang mengatakan, "mahasiswa usah sibuk-sibuk, kerjanya kejar ijazah sahaja!" WOW! Pakcik makcik tuan puan atuk nenek serta hadirin hadirun, di sini saya bentangkan definisi 'Mahasiswa' dari al-kitab agung melayu, Kamus Dewan.


Dan mahukah panglima-panglima itu yang tipikal terhadap perkataan 'mahasiswa' terfikir, mengapakah perkataan 'berdebat' itu sendiri dikategorikan sama dengan perkataan 'mahasiswa'? Kerana apa, kerana mahasiswa itu sendiri kena dengan naluri untuk sentiasa berdebat secara ilmiah mahupun opressif. Dan ini termasuk akan hal politik negara. Kenapa? Apa mahasiswa itu hanya perlu belajar untuk kejar ijazah tanpa berfikir untuk masa depan? Bukankah gomen sentiasa melaung-laungkan "Anda adalah Pemimpin negara di masa hadapan!"? Mungkin satu kesalahan kalau seorang mahasiswa mempersoalkan perihal kerajaannya yang dah banyak berjasa, berjasa? Hahahahaha, berjasa mereka bukankah dengan duit rakyat? Dan mahasiswa sebagai seorang rakyat tiada hak untuk berkata?

*bunyik kentut mula-mula kuat dan semakin samar*

baca lah sendiri, maleh den nak cakap eh.

Sokong kami bukan membuta tuli. Komen kami bukan kerana benci. Sampai bila kaum melayu tipikal masih dalam belenggu fikiran yang berfikir, "mahasiswa yang sokong pembangkang adalah sampah dan tidak cemerlang, manakala yang sokong kerajaan adalah mengenang budi dan patut terima anugerah!" Sampai bila?

Ia satu kenyataan, kalau seorang mahasiswa buat status kat fb menyatakan sokongan kepada gomen, tiada siapa yang akan komen dan like juga malahan dipandang tinggi oleh saudara mara (yang orang panglimalah) tapi lain pulak yang terjadi bila seorang mahasiswa menulis status yang mengkritik kerajaan, dia ditohmah dengan bermacam-macam cacian dan dipandang seakan seorang sampah masyarakat yang lebih hina dari remaja yang lebih rela hisap dadah dari berfikir tentang keadaan semasa negara.

Ada ke golongan-golongan ini tahu yang Vice Cancelor UiTM tipu pada rakyat jelata bahawa Mahasiswa Pro-Aspirasi menang 100% dalam Pilihan Raya Kampus di UiTM? Adakah mereka tahu yang mahasiswa adalah golongan opressor yang membawa satu reformasi sehingga menakutkan golongan politikus yang self-acclaimed mereka adalah pejuang bangsa melayu (sebenarnya diorang semua ni rasis)?

Bukalah mata wahai golongan panglima. Jangan buta dengan sokongan yang tuli.
Mahasiswa Perembes Idealisme.




20130210

Catatan Buat Najib, Muhyiddin dan UMNO dan rakyat.

PRU13 semakin hampir, namun tarikhnya belum pasti. Masih jelas dalam ingatkan aku ketika duduk melepak-lepak bersama keluarga makan malam, jelas Najib Razak dengan megahnya berucap dalam tanyangan di Buletin TV3 menyebut :

"Minggu Depan! Bulan Depan! Tahun Depan!"

Konon ingin mengadakan PRU secepat mungkin. Namun, sudah aku lali dengan buih dan liur dari mulut pemimpin United Malays National Organization.

 Menunggu PRU diisytihar oleh Najib Razak samalah seperti menunggu Tunku Abdul Rahman bangkit dari kubur semula.


Aku melihat politik kita pada hari ini tidak lebih daripada kadang zoo, jika pembaca masih ingat bagaimana pergelutan menantu Pak Lah, Khairy berkenaan dengan kata "Babi Negara" yang dirujuk kepada Barisan Nasional dibalas sebagai "Projek Khinzir Raksasa" yang dirujuk kepada PKR.

Ceramah politik kita pada hari ini hakikatnya bukanlah untuk membentangkan dasar, polisi, pikiran dan idea pemikiran pimpinan politik. Tetapi, lebih kepada meluapkan sentimen. Tidak kira daripada perwakilan UMNO/BN, malah Pakatan Rakyat sendiri bertindak sedemikian.

Mungkin disebabkan terlalu lama memerintah, lebih daripada 55 tahun UMNO/BN dilihat lebih bodoh daripada Pakatan Rakyat. PR nampak lebih bijak mungkin kerana kebijaksanaan Anwar Ibrahim dalam meng"Hijack" isu hari ini.

Apa yang pasti, politik kita pada hari ini bukan lah politik idea, tetapi masih berada di takuk lama iaitu politik sentimen. Politik yang memburuk dan mengapi-apikan.

Buat Najib dan UMNO, aku berharap PRU pada kali ini kalian semua bersedia untuk kalah. Elakkan bermain tipu kerana satu masa nanti binasa juga, for the last untuk anak cucu kita moleklah terima kekalahan dahulu dan renung - renung masalah parti supaya dapat membaiki kesilapan.

Buat Anwar dan Pakatan Rakyat, aku harap supaya mengurangkan politik provokasi, tingkatkan idealisme dan lebih bersikap demokratik sekiranya diberi peluang memerintah. Aku percaya andai kata kalian memerintah sekalipun, bukan semudah ABC untuk terus menghapuskan AUKU, PPPA, ISA, OSA, Akta Hasutan dan seumpamanya kerana ia seolah sudah sebati. Aku melihat PR mengangkat semangat demokratik tetapi dalam masa yang sama tidak mengaku kesilapan dan menerima kritikan.

Akhir, aku percaya pembaca tidak mahu apa-apa melainkan negara dan pimpinan yang baik supaya segalanya baik buat masa depan negara dan anak cucu sekalian.

Azazil,
Port Swettenham.
11 Februari 2013

20130205

katakanlah

katakanlah,
suatu hari nanti,
kita melihat satu ruang masa,
dipenuhi dengan taman yang indah,
cahaya yang bersinar,
udara yang segar,
suasana yang damai.
tenang.

katakanlah,
suatu masa dahulu,
kita merenung zaman silam,
suatu zaman kegelapan,
malap tanpa cahaya,
gelap tanpa sinaran,
kebas bertapak di bumi nyata.
sukar.

katakanlah,
jikalau dizaman ini,
keadaan tenang menjadi suram,
titis darah bagaikan kolam,
nyawa melayang seperti kekabu,
jiwa terkorban seperti abu,
suara tangisan dalam kelambu,
tiada siapa yang tahu.
sedih.

katakanlah,
jikalau disaat ini,
manusia pinjamkan masa sesaat,
berdoa dan mengharap,
merayu dan meminta,
menghulur bantuan tanpa diduga,
menyuap makanan tanpa dipaksa,
merasai derita,
berkongsi rasa,
meluahkan simpati,
memberi mereka secebis hati.
gembira.

katakanlah,
wahai manusia berbudi pekerti,
suarakan kuasa anda,
lawanlah kata dusta,
propaganda mahupun celaka media,
pemerintahan durjana,
kita berhak mereka pun ada hak,
pertahankan mereka,
sanjung perjuangan mereka,
kuat.

katakanlah,
laungan azimat yang satu,
Tuhan yang satu,
bangsa yang bersatu,
agar jatuh pemerintahan bersekutu,
jahanam dimamah masa,
mati di kuburan dunia.

#PrayForGaza #PrayForPalestine #WorldPeace #LovePeace

- venhell -

20130203

Fatimah, Din dan Belimbing Buluh




April 20 tahun masihi

Jam 5.30 petang Din; Mahyiddin ikut serta emaknya ke kebun. Bendi, petola,  tunas tebu yang baru lima, enam batang terpacak disirimnya air; buat ‘minum’ macam yang selalu emaknya bilang.

‘’Mak, kenapa kena siram?’’

‘’Buat minum nak.’’

Sambutnya sekadar berbasa basi, asalkan cukup anak memahami.

’Minum apanya mak? Bukan ada mulut pun pokok pokok itu. Tuh, ‘dia’ mengalir je, membazir…’’

Mah diam. Sekali lagi dilap peluh yang mengalir. Berpaling dia, hendak gelak serba salah, hendak marah jangankan pula; ‘’Budak lagi tuh.’’ Senyumlah Mah seorang diri, dipanjat terus doa;

‘’Ya Karim, semoga anak ini sentiasa membuatkan hari hariku gembira,  kasih dan sayangnya padaku dipanjat lagi dariku buat-Mu dan...semoga soleh gelaran anak ini.’’ Amin. Diusap berkali kali, tangan ke muka, beralih punya di kepala anak kecil; peneman dia.

**
April 23,
5.30 petang,

‘’Mak! Cepatlah mak! Pokok pokok tu nak minum laa..Mak cepat mak! Nanti mati pokok tu..’’

Dua tiga kali melaung, emaknya Si Din menyahut, ‘’Pergi dahulu… emak baru nak solat!’’Entah dengar atau tidak. Tepatnya selepas 2-3 minit tunggu respond Din sudah hilang laungannya. Mah angkat takbir  serentak; pasang niat dan  terus solat.

**
‘’Emak, kalau pokok ni dah besar, kita buat apa? Selain tebang, makan…’’

‘’Bukan tebang, tebang tu untuk pokok besar sahaja, macam pokok besau tuh. Pangkas itu yg mati, tuai untuk yang dah masak.’’ Sambung lagi ‘’Makan je nak, tengoklah kalau menjadi benih cili tu, emak ingat nak jual sikit; dekat Pak Halim Lori.’’

**
20 Oktober,

Hari itu, Mah senyum lain daripada kebiasaannya. Selepas dlihatnya dia rezeki depan mata; gugusan belimbing buluh yang dituai mereka, dia dan Din habis dijual sama Pak Halim Lori serta pesanan....

Ikutkan pesanan, Cik Yah Khamis, jiran selang tiga buah rumah ada pesan gulai semangkuk, Muniandy Samy; tuan punya lot kedai yang baru sahaja lalu turun pesan semangkuk. Sebelum order, Muniandy angkat tangan, ingatkan dia ingin dimarah sama si Muniandy, rupanya-rupanya,

‘’Mah, hari itu aku rasa itu kari belimbing kau. Ceit! Kalau tahu itu sedap kenapa tak kasi sama aku? Sedap Mah.’’ 

Habis membebel, Muniandy terus tunjuk tanda bagus, dengan kain pelekat yang dikemas kemas kemuadiannya dia jalan, Mah tercengang; tak disangka tuan tanah berbangsa India makan kari belimbing hasil tangan dia, ‘’Eh, biar betul dia makan? Suka pulak tu?’’

‘’Mah! Kalau kau buat lagi, hantar semangkuk sama aku, nanti aku kasi tangguh  15 hari bayar bulan ni okay!’’

Mah girang bukan kepalang! Hayun kaki hayun dengan deras,‘’Syukur pada Tuhan! Din oh Din!’’ kumat kamit Mah menjadi menjadi sampai ke rumah dilaung laung semula bak gaya Din. Sebijik. Kalau senario dulu Din ajak dahulu, kali ini terbalik.

’Din! Din! Mari sini teman mak ke kebun Din! Kini tuai banyak ulam dan belimbing Din! Cili pun mak nak tuai!’’

Jenuhlah Mah panggil, Din tak juga menyahut.

***
‘’ Ibu Tunggal Cuai Jaga Anak! Anak hanyut mati di sungai!’’

20 Oktober KENALIK: Gara gara membiarkan anak kecil berumur 7 tahun di rumah, seorang ibu tunggal terpaksa menerima hakikat kematian anak tunggalnya. Muhyiddin atau Din, dijumpai mati lemas di Sungai Kenalik setelah bermain main di kebun ibunya yang hanya 3 minit dari rumah mereka jaraknya. Mengikut sumber ibu malang ini telah meninggalkan Din seorang diri.............

Serentak akhbar dicetak, serentak kepala Mah terasa dihentak.

Muhyiddin Abdullah sudah tidak menyahut, umpat dan cari jiran tetangga yang menyahut. Meraunglah sekuat hati mana pun, jerit lah semahu mana hati dia, orang surat khabar itu tidak endah, malah tidak mustahil tidak terlebih ambil tahu pun susah senang mereka di tanah sekangkang kera. Hanya cela, dan berita. Payah dan dusta.

Mah sudah hilang sendu,
habis lidah kelu,
tiada siapa yang ambil tahu,
tentang kisah pokok minum air;
hanya DIA serta arwah Din yang tahu.

Fikiran

Emmmmm emmm
Oh yeah.
Ah haa.
Ohh ohhh.
Ahhhhhh ah.
Oh damnnn.
Arghhhhhhhhhhhhhh...

Ahh....










"Berikut adalah siri suara seorang pelanggan Minyak TYT selepas menggunakannya untuk merawat sakit-sakit sendi tulang"
"TYT, MENYEGARKAN!"



"TYT" (sebut macam suara pompuan dalam radio)

Punktuasi dan Intonasi

Mutakhir  ini, (gituuu nak bombastik sangat)
Ramai orang Melayu tak reti guna bahasa Melayu elok-elok.
Adakah dia Melayu celup? Puuiiii.


Punktuasi: Punctuation sebenarnya. Kalau tak tahu tipu, sejak sekolah rendah dah belajar.
Intonasi: Naik turunnya lagu sesuatu kalimah, bertujuan membentuk makna.

Tempoh hari, aku buka Instagram saudara Akem Aiman (boleh cari di Twitter & Instagram XD) dan aku terpandang suatu gambar screen-capture yang sangat menarik perhatian aku. Gambar tersebut adalah seperti berikut :-



Boleh jadi;

i. tak, mungkin tertekan.
ii. tak mungkin, tertekan.
iii. tak mungkin tertekan.


Ha-Ha-Ha. Aku dapati ini kelakar.

Jaga intonasi dan punktuasi anda.

Selamat tinggal.






Catatan dan soalan buat pembaca sejarah


Benarkan wujud?
Aku keliru.
Aku musykil.
Aku tertanya-tanya.
Semoga akan terjawab,
Sebelum aku menutup mata.

AZAZIL,
PORT SWETTENHAM, SELANGOR.

20130202

topeng.

domba dombi madaroni.
demba dembi dembubu.
dembu dembe demdem.
damdam dimdim madarona.

kalimah bergaya lagi berharga. haha.

KAU [!]
siapa KAU?
Khairul Anak Usin?
oh. bukan.
manusia kau kata?
aku tak rasa kau manusia
kau berselindung sebalik rupa manusia.
syaitan [!]

HOMAIGADDD !!!

contengan ini.
menghina sesuatu.
menghina sang pendusta.
menghina sang pemegang kuasa.
hinanya kau dimata kami.
mulianya kau dimata mereka.
kerana apa?
mereka hanya melihat topengmu.
kami melihat rupa mu.

kau main dengan sejarah.
kami main dengan fakta.
kau main dengan berita.
kami main dengan cerita.
kau main dengan mereka.
kami main dengan derita.
siapa hebat siapa kuat?
kau dan kami tentukan.

nasib menyebelahi kami.
konklusi tepat.

- venhell -

20130201

Catatan Buat Barisan Ulama' Sundal Di Malaysia

Tidak kira di mana-mana pelusok dunia, barisan kepimpinan ulama' memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju negara terutamanya dalam menimbang tara beberapa isu yang berbangkit di sekitar termasuk isu politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Kebiasaannya, ulama' dirujuk kepada individu yang mahir dalam hal agama.

Namun begitu, harus diingat bahawa Ulama' juga merujuk kepada orang yang berilmu atau pakar dalam sesuatu bidang dan bukanlah hanya mahir dalam bidang agama sahaja. Waima seseorang itu mahir dalam bidang perbidanan, potong 'anu' atau bidang panjat pokok kelapa, pada tafsiran saya dia layak bergelar ulama'. Mereka mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang.

Selain itu, ulama bukanlah dirujuk kepada golongan ilmuan beragama Islam sahaja. Malah, Ulama' kristen juga wujud di dalam dunya ini. Harus diingat perkara itu.

Ulama' tidak kira dalam bidang apa jua sekalipun begitu penting dalam menentukan hala tuju negara, sebagai contoh suatu ketika dulu dalam isu "Common Law" atau undang-undang kes sebelum di England, ulama' Kristen telah memainkan peranan dalam memperkenalkan konsep 'equity' dalam menampal dan membaiki segala lobang dan kecacatan dalam perundangan negara ketika itu. Mereka menggunakan konsep moral dan kitab-kitab suci dalam menimbang-tara banyak perkara dalam undang - undang.

Di jaman ini, terlalu banyak ulama'-ulama' yang wujud di sekitar Malaysia sama ada yang sering bersorak di media arus perdana seperti TV3 ataupun forum-forum "Gerakan Haram" masharakat sivil pada hari ini ; Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Fathul Bari, Ustaz Don Daniyal, Dr. Aziz Bari, Dr. Mazlee, Prof. Abu Hassan, Dr. Azmi Sharom, Mahathir Mohamad dan ramai lagi. Mereka mempunyai kepakaran tertentu.



Sudah bosan membaca tulisan "membodek" di atas, sedara sedari diminta untuk melapangkan dada, buka minda, hidupkan suis pikiran kritikal supaya tidak bebal dalam membuat keputusan kesan daripada pembacaan artikel yang "bersilat-silat" ini.

Seperti yang disebut sebentar tadi, faham kita berkenaan dengan frasa ulama adalah mereka yang mahir dalam ilmu agama. Walaupun menurut Perkara 4(1) , Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dalam negara. Masih terdapat cacai - cacai dan kaki bodek yang mempertahankan bahawa Malaysia adalah negara Islam. Paling mengerikan apabila ada yang memberi label "Islamic Secular State".

Hakikatnya, walaupun Perkara 3 Perlembagaan menunjukkan bahawa Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Rasmi, berdasarkan kes terdahulu iaitu Che Omar Che Soh v Public Prosecutor menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya negara sekular. Hakim ketika itu menyebut bahawa "Malaysia has been secularized by the British for a long time ago" yang bermaksud negara kita Malaysia telahpun disekularkan oleh panglima-panglima dan kesatria British lama dahulu!

Namun begitu, ulama pada hari ini seolah bisu. Ulama terutamanya yang berkhidmat di bawah anak didik Inggeris United Malays National Organization (UMNO) sering menidakkan perkara yang "hak". Butir bicara mereka seolah bertuhan Madey Mamak Kutty Iskandar, Altantuya, Bik Mama dan mereka juga sering bernabikan dasar 1 Malaysia, wawasan 2020, Islam Hadarik dan sebagainya.

Harus diingat bahawa ulama' harus bersifat Al - Farouq iaitu memisahkan antara haq dan batil. Tindakan seperti ini akhirnya bakal membawa padah.

Sifirnya mudah, jika sebuah negara itu konsep dan pegangannya Islam sudah pasti mereka menjadikan Al-Quran dan Sunnah asas kepada setiap perkara. Ini Perlembagaan Persekutuan? Sudah terang lagi bersuluh.

Kedudukan mahkamah juga jelas menunjukkan bahawa yang sivil memainkan peranan lebih berbanding yang memegang syariah. Konsep praktikal dan futuristik yang diperkenalkan oleh Prof. Ahmad Ibrahim, pakar perundangan tidak wajar disorokkan dalam kocek atau seluar dalam para ulama dan pakar perundangan pada hari ini.

Selain itu, jika dirujuk pada perndefinisian dalam Perlembagaan, jelas perkara 160 menunjukkan bahawa asas perundangan Malaysia hanyalah undang-undang kes, statut atau akta dan juga undang-undang adat yang diterima pakai. Tidak pula disebut tentang undang-undang Islam, mungkin disorok dalam rambut Bik Mama yang sudah dapat ijazah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Banyak lagi perkara jika nak disebut, namun penyampaiannya mudah. Ulama' hari ini harus mendedahkan tentang status sebenar negara ini tanpa berpusing-pusing dan bercakap gaya Karpal Singh, karena hidup ini tidak pasti. Mungkin esok ulama' juga akan didudukkan bersama-sama beliau dalam "Kelab Kerusi Roda Se-Malaysia."

Tidak perlu menutup perkara yang benar karena lambat laun kantoi busuk juga. Kebiasaannya tindakan cacai akan menjadi seperti tindakan menutup bangkai gajah dengan daun pisang. Usah biasakan diri menjadi sundal, kelak diri yang rugi.

Yang Benar,

Azazil,
Port Swettenham, Selangor.