
Gambar : Najeb mooda - moody.
Semenjak dua menjak ini, tidak kira di mana-mana sama ada pasar malam, perpustakaan, kelas, waima di jamban sekalipun orang sibuk bercakap soal pilihan raya. Jika dilihat ia seolah satu fenomena yang sangat hebat! Lain dari yang lain.
Seperti yang pernah disebut sebelum ini, penganalisis politik dari yang berkaliber hinggalah yang berkelas kangkung sekalipun menganggap bahawa PRU ke 13 ini adalah PALING PENTING dan TERAGUNG dalam sejarah Malaysia.
Mengapa?
Kerana pada PRU kali ini akan berlaku satu pertempuran hebat melibatkan dua koalisi daripada pemerintah sekarang kerajaan UMNO/Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat. Analisis juga menunjukkan bahawa kedua-dua belah pihak akan melakukan apa sahaja demi untuk menang.

Gambar : Najeb dan bini tercenta.
Namun, ada masalah sebenarnya, bila nak bubar parlimen wahai Najeb Razak?
Malam tadi, buat pertama kalinya dalam sejarah Adun telah terbubar secara automatik di Negeri Sembilan. Justeru, tandatangan Exco Negeri sudah tidak laku lagi. Kata Mat Hasan, benda ni baik kerana mengikut undang-undang. Negara pun akan stabil. Katanya la.

Gambar : DUN N9
Sama ada menang atau kalah, Najeb sepatutnya terima hakikatnya yang beliau terpaksa berundur dan diganti dengan Pak Den Yasin.
Madey pun sudah mengemukakan satu 'teori' bahawa jika PRU tak perform Najeb wajar undur. Tetapi, bagi aku secara teorinya juga kalau tak perform si pencen yang memberi IC pada PATI juga harus dihumban ke dalam jel.
Apa macam?

Gambar : CheDet
AZAZIL.
PORT SWETTENHAM, SELANGOR.
No comments:
Post a Comment