Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130301

Catatan untuk dua pelawak tak kelakar

Kecoh penyokong Pakatan Rakyat apabila menonton video 'lawak' oleh dua pelawak Malaysia : Nabil dan Salleh Yaacob.

Melihat kepada video ini, saya secara peribadi tidak punyai sebarang masalah, tertekan, tersindir atau terasa. Mungkin yang pertama saya bukanlah ahli mana-mana partai politik dalam negara ini. Saya juga bukanlah penyokong tegar mana-mana pemimpin atau partai. Apa yang saya lihat cuma kebenaran yang saya faham.

Kedua, seperti sebelum ini saya mengatakan bahawa saya mendukung kebebasan ekspresi. Mana mungkin kita dapat mengekang. Ini adalah ekspresi mereka dan mungkin mewakili kerajaan sekarang ; UMNO/BN.



Jika kita telurusi Perlembagaan Persekutuan, perkara 10 menetapkan tentang KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN SECARA AMAN DAN BERPESATUAN.

Ini jelas menunjukkan dua pelawak ini sedang menggunakan hak kebebasan bersuara mereka.

Jika kita lihat di Amerika, Obama lebih teruk 'dianjingkan' oleh penentang dan musuh politiknya.
Namun, disebabkan mereka menjunjung hak ekspresi, ia dibenarkan. Mungkin ada berpandangan bahawa kita tidak harus mencontohi USA, tetapi itulah hakikat dan kebebasan sebenar.

Ia cuma lawak, perkara normal apabila kita menjadi figura, kita akan menjadi bahan bualan, sebut dan objek dalam apa jua perkara.

Sebelum ini, jika kita telusuri dan mengambil berat tentang isu negara, kita dapat lihat Pakatan Rakyat sedang menjadi pahlawan kepada demokrasi dan menjunjung undang-undang supaya selaras dengan prinsip 'constitutionalism'.

Namun begitu, saya begitu khuathir apabila melihat kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku berkenaan dengan kebebasan ekspresi. Contohnya ; Apabila UMNO/BN ingin menayangkan filem Tanda Putera, Pakatan Rakyat begitu galak menentang.

Saya faham benar, penyokong PR akan tegas mengatakan bahawa PR sedang menggunakan kebebasan bersuara bagi tujuan check and balance. Tetapi, permasalahannya tindakan UMNO/BN yang ingin menayangkan filem tersebut waima ia propaganda dan bersifat perkauman sekalipun, ia adalah hak mereka berekspresi. Itu yang saya faham.

AZAZIL,
PORT SWETTENHAM,
2 FEBRUARI 2013



No comments: