Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130221

tiada yang kekal.

pernah memuja pelangi lengkap dengan tujuh warna itu? mesti pernah. paling kurang pun, kau akan terpesona sebentar dengan keindahan yang terpancar olehnya, kan? sedar tak, satu sifat mutlak yang ada pada pelangi itu? sebesar mana pun kau mengagumi akan keindahan warnanya, dia tak pernah kekal dekat atas situ, sekejap saja pelangi itu muncul, kemudian terus sepi. tanpa sebarang perkhabaran lagi.

pernah hati terpaut pada keindahan bulan? mesti ada bukan? sedar tak? bulan yang indah itu, tak selalu muncul di langit malam. hanya pada detik tertentu saja, barulah ia munculkan dirinya. sampai wujudnya istilah ' bagai pungguk rindukan bulan '. sebab bulan itu tak selalu muncul lah, hingga pungguk pun rindu. inikan kita manusia yang punya hati dan perasaan.

aku kira, ianya memang lumrah alam. memang aturan kejadian. memang suratan takdir. setiap yang datang, mesti akan pergi. tiada pernah yang kekal dalam hidup. meski aku terus cuba untuk bertahan, berharap sesuatu itu akan kekal untuk selamanya. namun, habis semuanya hancur dan musnah. aku tak mampu melawan arus hidup. kita mesti relakan sebuah kenyataan. perpisahan itu mutlak. namun, aku kesal kerna perpisahan itu terhasil dalam bentuk yang demikian. sungguh, aku sayang dan perlukan kau.

aku tak pernah bermimpi untuk menari di antara bintang bintang. kerna aku berpijak di bumi nyata. aku tak pernah berkhayal untuk berenang ke dasar lautan. kerna aku masih terapung di dasar waras. namun, aku bingung. mengapa mesti semuanya jadi begitu? ya, aku faham. engkau mahu nokhtahkan segalanya. namun, perlu ke sampai sedemikian sekali tingkah balasmu?

aku tak pernah merelakan pemergian kau. kerna kau antara pelengkap. cuma. aku tiada mampu untuk menghalang kepergian kau. aku tiada kuasa untuk meningkah kerna setiap yang berlaku pasti bersebab. lantas. berikanlah sebab yang menjadi asbab terhadap berlakunya semua itu. agar aku betah merungkai kata, mengubah rasa dari terus menyebal dalam jiwa. aku masih belum cukup ampuh untuk menghadapi semua rasa itu. maaf.  tapi aku tak faham. kenapa kau begitu kejam sekali ? kenapa ? setelah sekian lama, kenapa kau perlu putus wahai selipar jepun kuning kesayanganku. 


tsk tsk. sekarang cheq kena pi kedai, nak pi carik and beli selipar baru. hihi.
pssssssst. post ni takda kena mengena dengan sesiapa tau. 

- Mat Amin -


mai pakat lambung lambung !

"kalau lah maid tu depan mata aku sekarang, mesti aku lambung campak dia macam dia buat dekat baby tu", 
"kalau lah baby tu adik or anak aku, mati maid tu aku kerjakan".
"kalau lah aku bapak baby tu, aku pijak pijak maid tu ha".

kalau lah itu, kalau lah ini. tak habis habis nak main dengan kata KALAU hangpa tu! sampai mati pun tak akan habis kalau semua orang duk kepoh nak main KALAU. semua duk kecoh dengan isu lambung lambung baby oleh maid atau amah atau orang gaji yang katanya berasal dari negara seberang tu. ikutkan, memang apa yang maid tu buat dekat baby kecik comel cute bagai tu sesuatu yang tak patut. tapi hangpa fikir, hangpa duk komen membabi buta, kononnya semua peka dengan segala hal isu semasa dalam negara ni, guna bahasa yang kesat nokharom tu, hangpa tak keji ? cakap pungpang, tuit merepek merapu, status fesbuk meraban. semata mata nak tunjuk dekat satu Meleis nih yang hangpa pun kemain ambik tahu tentang isu semasa. memang, tak dinafikan bagus sebab hangpa semua peka dengan keadaan sekeliling. tapi cara nak menegur tu, tak wajar.

negara kita ada sistem. pembantu rumah tu buat perangai tak wajar, dan ada sistem keadilan dekat negara kita yang akan ambil tindakan dekat dia. dan dalam sistem tu, takde satu patah haram jadah pun ada masukkan yang hangpa kena kasik komen or pendapat hangpa mengenai isu tu. takda apa pun weh. jadi, cheq rasa tak perlu kot hangpa semua nak pakat kalut post itu ini.

kemudian, terus naik isu kata gomen kita nih duk sakan bagi muka dekat depa. dekat Indon semua tu. baik sangat dengan depa. siap ada yang kata gomen kita nih takut dengan gomen seberang tu. cerita dia, dah hangpa semua duk pakat tak mau kerja lagu tu. semua duk kata kerja maid ni gaji rendah, tak kool, tak macho, memalukan. hmmm. dan dalam ramai ramai kelompok manusia dengan sini, orang orang seberang tu je yang sanggup nak buat kerja tu semua. depa je sanggup, hangpa ?

jadi, pasal isu maid melampau terlampau dilampaukan ni, semuanya pasal risiko. kalau hang nak amik maid, ikut nasib hang la. pak sedara cheq ada ja dapat maid kemain baik. sampai tok cheq pun kemain sayang dekat maid tu sebab baik sangat. tak semua maid tu suka main lambung, tapi tak semua maid tu baik juga. hati hati. pilihan semua di tangan hangpa, jadi hati hati narr.



- Mat Amin -


20130220

Marah

Marah,
semua orang ada benda ni dalam diri dia.
cuma bezanya cara mengawal.

Aku di sini bukanlah ustazah yang mampu menghambur hadis dan firman
kerana aku tahu semua itu boleh dicari, dibaca sendiri.
Aku di sini hanya ingin dan mampu menceritakan
atas apa yang aku rasa dan lalui.

Marah yang ingin aku bicarakan di sini
Bukan jenis yang carut mencarut, maki memaki
tetapi--
yang sampai tahap naik tangan naik kaki
sampai kau tak boleh guna akal sendiri
akibat terlalu mengikut kata hati.

Percayalah--
Marah ini mampu dan boleh dikawal.

Bagaimana?
Dengan cara berdiam, dalam hati ia tersimpan.
Bagi aku, biar marah yang disimpan bertukar menjadi kesedihan
daripada engkau bertindak di luar kawalan
yang akhirnya bikin diri dimalukan.

Bukan aku nak kata aku ni penyabar.
Tidak.
Aku juga manusia biasa.
Mood swing sentiasa.
Tetapi orang tahu, kalau aku diam--
Maknanya ada sesuatu yang aku pendam.

Biar orang nampak muka kita masam,
daripada kita tumbuk orang sampai lebam.


Kadang kita diasak dengan provokasi
Tatkala itu darah dalam diri meninggi
Hati berapi-api
Akal dan jiwa tak sebati
Maka inilah masa menguji diri
Sama ada kita masih mampu mengawal kewarasan akal fikiran
Sama ada kita masih mampu mencari dan mengekal pedoman.

Kan aku dah kata,
Biarkan marah bertukar menjadi kesedihan
dan kesedihan itu kita pendam, kita simpan.
Sakit?
Memanglah.
Sekurang-kurangnya yang sakit itu kita seorang rasa.
Daripada tahap marah kau sampai nak naik tangan,
Bukan saja malu, orang anggap kau kurang kebijaksanaan.

Lebih baik berkesedihan,
daripada menampakkan kebodohan.
Kerana ingatlah kita masih ada Tuhan.


-Mermaid Jadian
(Yang selalu marah bertukar sedih)