Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130221

tiada yang kekal.

pernah memuja pelangi lengkap dengan tujuh warna itu? mesti pernah. paling kurang pun, kau akan terpesona sebentar dengan keindahan yang terpancar olehnya, kan? sedar tak, satu sifat mutlak yang ada pada pelangi itu? sebesar mana pun kau mengagumi akan keindahan warnanya, dia tak pernah kekal dekat atas situ, sekejap saja pelangi itu muncul, kemudian terus sepi. tanpa sebarang perkhabaran lagi.

pernah hati terpaut pada keindahan bulan? mesti ada bukan? sedar tak? bulan yang indah itu, tak selalu muncul di langit malam. hanya pada detik tertentu saja, barulah ia munculkan dirinya. sampai wujudnya istilah ' bagai pungguk rindukan bulan '. sebab bulan itu tak selalu muncul lah, hingga pungguk pun rindu. inikan kita manusia yang punya hati dan perasaan.

aku kira, ianya memang lumrah alam. memang aturan kejadian. memang suratan takdir. setiap yang datang, mesti akan pergi. tiada pernah yang kekal dalam hidup. meski aku terus cuba untuk bertahan, berharap sesuatu itu akan kekal untuk selamanya. namun, habis semuanya hancur dan musnah. aku tak mampu melawan arus hidup. kita mesti relakan sebuah kenyataan. perpisahan itu mutlak. namun, aku kesal kerna perpisahan itu terhasil dalam bentuk yang demikian. sungguh, aku sayang dan perlukan kau.

aku tak pernah bermimpi untuk menari di antara bintang bintang. kerna aku berpijak di bumi nyata. aku tak pernah berkhayal untuk berenang ke dasar lautan. kerna aku masih terapung di dasar waras. namun, aku bingung. mengapa mesti semuanya jadi begitu? ya, aku faham. engkau mahu nokhtahkan segalanya. namun, perlu ke sampai sedemikian sekali tingkah balasmu?

aku tak pernah merelakan pemergian kau. kerna kau antara pelengkap. cuma. aku tiada mampu untuk menghalang kepergian kau. aku tiada kuasa untuk meningkah kerna setiap yang berlaku pasti bersebab. lantas. berikanlah sebab yang menjadi asbab terhadap berlakunya semua itu. agar aku betah merungkai kata, mengubah rasa dari terus menyebal dalam jiwa. aku masih belum cukup ampuh untuk menghadapi semua rasa itu. maaf.  tapi aku tak faham. kenapa kau begitu kejam sekali ? kenapa ? setelah sekian lama, kenapa kau perlu putus wahai selipar jepun kuning kesayanganku. 


tsk tsk. sekarang cheq kena pi kedai, nak pi carik and beli selipar baru. hihi.
pssssssst. post ni takda kena mengena dengan sesiapa tau. 

- Mat Amin -


No comments: