Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130129

Catatan Lama

Setiap catatan itu punya sebab dan makna,
Jika tidak, mengapa perlu dicakna?

Tidak kira ia apa,
mesti ada cerita,
Yang tertusuk di jiwa--
walau ia catatan lama.

Berhati-hati dalam apa jua yang telah dinyata,
takut-takut nanti ada hati yang terasa,
ada jiwa yang tak mampu terima,
setiap apa yang diperkata.

kerana manusia punya deria untuk merasa
apa jua di sekeliling mereka.
Bila meluah jangan tak berbahasa,
sebaliknya luahlah berpada-pada

Manusia, halus jiwanya
walau catatan itu bukan untuk dia,
ada mungkinnya jalan ceritanya sama
aan dia terkena tatkala membaca
walau ia catatan lama.

Namun hakikatnya manusia itu serba kekurangan,
Mana mungkin mampu untuk menjaga pastikan
Semua hati yang minta diperhati.


- Mermaid Jadian

No comments: