Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130130

Catatan mahasiswa dan media malaysiakini

"Kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu juga menunjukkanMalaysiakini merupakan portal berita dan paling kerap dilayari mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)."



Sejak dulu, mahasiswa dilihat sebagai agen perubahan dan timbang tara dalam masharakat tidak kira di bahagian mana setiap pelusok negeri ataupun benua. Mereka dilihat sebagai golongan cerdik pandai dan bercakap bukan atas dasar wang, kuasa mahupun apa-apa kepentingan.

Namun, selepas 1971 memperlihatkan mahasiswa dicekik teruk dengan pengenalan UKU 1971 atas sikap mahasiswa yang terlalu berani menegur dan mengkritis pemerintah United Malays National Organization. Sebelum itu, mahasiswa bebas menubuh persatuan, menjalankan aktiviti persatuan ; debat, forum, wacana, termasuk menjemput ahli politik atau sesiapa yang mereka suka ke dalam kampus. Mereka bebas untuk berpartisipasi dalam politik atau mana-mana kelab yang mereka suka.

Punca AUKU 1971 dilaksanakan adalah disebabkan kekalahan Perikatan dalam pilihan raya 1971 yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei dan juga Demonstrasi Baling 1971.

Kini, PRU13 makin hampir dan beberapa kajian menunjukkan bahawa media memainkan peranan paling penting dalam menentukan minda dan pemilihan masharakat terutamanya pengundi saluran satu.

Mahasiswa dilihat cenderung kepada laman portal malaysiakini berbanding The Malaysian Insider dan laman milik UMNO , Utusan Online.

Mahasiswa UM dan UKM menunjukkan peratusan paling tinggi apabila kajian ahli akademik menunjukkan mereka meluangkan masa lebih 50 peratus melayari laman tersebut.

Bagi sumber fakta bernombor sila rujuk laporan di http://www.malaysiakini.com/news/220281

Utusan Online juga menjadi sumber kedua yang paling dipercayai di kalangan siswa UKM (31.5%), diikuti Mstar (19.4%) dan lidah parti PAS Harakahdaily (15 peratus). 


AZAZIL,

PORT SWETTENHAM, SELANGOR.

No comments: