Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130128

luahan pendosa jalanan


"Jikalau masih memendam parut lama, sampai ke mati, hidup takkan bahagia. Jikalau azam dahulu ingin membuka lembaran baru, namun masih membayangkan kesalahan sang pendosa dalam diri, umpama menyeksa dan mensia - siakan usaha untuk mengecapi azam tersebut."



Apakan daya. Kita manusia.
Jikalau maaf tidak mampu memadamkan kesalahan, mahu kata apa lagi?



Mohon ampun pada Tuhan? Kesalahan itu sesama manusia. Mengapa perlu mohon pada Tuhan?





Astaghfirullah. Ampunkan diriku yang hina ini ya Allah. Ingin memohon maaf pada manusia, tetapi, apakan daya. Mungkin mereka berada di tahap tertinggi. Sehingga tidak mampu memaafkan. Mungkin mereka sudah dijamin syurga, sehingga tak mampu memberi kemaafan. Mungkin mereka sudah berada di Syurga, sebab itu kemaafan tiada harga buat sang pendosa. Sedarkah mereka? tak tahu.





Engkau bukan Tuhan. Sedangkan Tuhan ciptakan engkau. Tuhan ciptakan aku. Tuhan ciptakan semua yang nyata dan tidak nyata. Kun Fayakun kata keramat. Adakah engkau diciptakan dari cahaya seperti Rasulullah? Tidak. Adakah kau diciptakan menjadi haiwan yang tidak berakal? Tidak. Jadi? Mengapa sukar untuk memaafkan khilaf saudaramu? Sedangkan Pencipta engkau sentiasa membuka pintu taubat dan memberi keampunan. Siapa kau untuk tidak memberi kemaafan? Fikir, renung tahap diri sendiri.





Engkau dan aku sama rasa, sama asal, tiada kurang cacat cela. namun, kau tikam rasa hati. kau bantut lumrah insani. kau lemahkan sang sanubari. kau tambah derita jiwa. kau beban rasa dosa. tergamak engkau? tak layak untuk kau menghukum.


sungguh mulia. 

- venhell -

No comments: