Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130128

Dia bukan dibunuh dan tidak akan pernah.


“Ramai saksi berada di tempat kejadian nampak Sugumar dibelasah hingga mati dengan tangan bergari di belakang dan ada polis melumur muka mangsa dengan serbuk kunyit. Tapi kita kesal OCPD membela polis terbabit dan menipu rakyat kononnya mangsa mati akibat serangan jantung.



Ya, ini bukan post perkauman untuk pertahan Ketuanan Melayu. Tetapi, satu post bagi menceritakan kesah yang tidak akan pernah diceritakan di mana-mana sama ada di Pasar raya Giant, gedung Kamdar ataupun Pekan Rabu tempat membesar Madey Kutty Mamak Iskandar.

Ini kesah orang mati, mati yang 'kononnya' dibunuh oleh sang penguasa yang mulia iaitu Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Ya, banyak jasa mereka, kerja mereka menguatkuasakan undang-undang dan melindungi seluroh masharakat, mana mungkin mereka tergamak membunuh insan.

"Perkakas pembangkang" dengan takbur telah menuduh bahawa pihak polis lah yang membunuh insan bernama Sugumar ini. Pagi tadi telah diadakan satu demo yang dipetik :

HARI INI 10.30 pagi Bukit Aman -JOM Duduk & Bantah -TOLAK Inkues, TUNTUT Post Mortem Ke-2 & Penyiasatan Penuh ke atas pembunuhan C.Sugumaran

Haishh, gila apa mereka ni. 



Cerita sebenarnya adalah Arwah Sugumar TIDAK DIBUNUH! 
Arwah Sugumar telah mencuri gari daripada pihak polis dan dengan sengaja menggari dan memukul diri sendiri secara suka-suka. Itu memang hobi SUGUMAR! 

ya, itu hakikat..
Pada ketika Arwah Sugumar memukul diri, beliau telah dengan menggunakan kuasa magis dan luar biasa telah menggerakkan bekas kunyit dan melumur pada mukanya sendiri.

Ajaib bukan?

Ya, itu kesah sebenar. 
Sumpah tak tipu!


AZAZIL,
PELABUHAN SWETTENHAM, SELANGOR.

No comments: