Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130201

Catatan Buat Barisan Ulama' Sundal Di Malaysia

Tidak kira di mana-mana pelusok dunia, barisan kepimpinan ulama' memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju negara terutamanya dalam menimbang tara beberapa isu yang berbangkit di sekitar termasuk isu politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Kebiasaannya, ulama' dirujuk kepada individu yang mahir dalam hal agama.

Namun begitu, harus diingat bahawa Ulama' juga merujuk kepada orang yang berilmu atau pakar dalam sesuatu bidang dan bukanlah hanya mahir dalam bidang agama sahaja. Waima seseorang itu mahir dalam bidang perbidanan, potong 'anu' atau bidang panjat pokok kelapa, pada tafsiran saya dia layak bergelar ulama'. Mereka mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang.

Selain itu, ulama bukanlah dirujuk kepada golongan ilmuan beragama Islam sahaja. Malah, Ulama' kristen juga wujud di dalam dunya ini. Harus diingat perkara itu.

Ulama' tidak kira dalam bidang apa jua sekalipun begitu penting dalam menentukan hala tuju negara, sebagai contoh suatu ketika dulu dalam isu "Common Law" atau undang-undang kes sebelum di England, ulama' Kristen telah memainkan peranan dalam memperkenalkan konsep 'equity' dalam menampal dan membaiki segala lobang dan kecacatan dalam perundangan negara ketika itu. Mereka menggunakan konsep moral dan kitab-kitab suci dalam menimbang-tara banyak perkara dalam undang - undang.

Di jaman ini, terlalu banyak ulama'-ulama' yang wujud di sekitar Malaysia sama ada yang sering bersorak di media arus perdana seperti TV3 ataupun forum-forum "Gerakan Haram" masharakat sivil pada hari ini ; Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Fathul Bari, Ustaz Don Daniyal, Dr. Aziz Bari, Dr. Mazlee, Prof. Abu Hassan, Dr. Azmi Sharom, Mahathir Mohamad dan ramai lagi. Mereka mempunyai kepakaran tertentu.



Sudah bosan membaca tulisan "membodek" di atas, sedara sedari diminta untuk melapangkan dada, buka minda, hidupkan suis pikiran kritikal supaya tidak bebal dalam membuat keputusan kesan daripada pembacaan artikel yang "bersilat-silat" ini.

Seperti yang disebut sebentar tadi, faham kita berkenaan dengan frasa ulama adalah mereka yang mahir dalam ilmu agama. Walaupun menurut Perkara 4(1) , Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dalam negara. Masih terdapat cacai - cacai dan kaki bodek yang mempertahankan bahawa Malaysia adalah negara Islam. Paling mengerikan apabila ada yang memberi label "Islamic Secular State".

Hakikatnya, walaupun Perkara 3 Perlembagaan menunjukkan bahawa Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Rasmi, berdasarkan kes terdahulu iaitu Che Omar Che Soh v Public Prosecutor menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya negara sekular. Hakim ketika itu menyebut bahawa "Malaysia has been secularized by the British for a long time ago" yang bermaksud negara kita Malaysia telahpun disekularkan oleh panglima-panglima dan kesatria British lama dahulu!

Namun begitu, ulama pada hari ini seolah bisu. Ulama terutamanya yang berkhidmat di bawah anak didik Inggeris United Malays National Organization (UMNO) sering menidakkan perkara yang "hak". Butir bicara mereka seolah bertuhan Madey Mamak Kutty Iskandar, Altantuya, Bik Mama dan mereka juga sering bernabikan dasar 1 Malaysia, wawasan 2020, Islam Hadarik dan sebagainya.

Harus diingat bahawa ulama' harus bersifat Al - Farouq iaitu memisahkan antara haq dan batil. Tindakan seperti ini akhirnya bakal membawa padah.

Sifirnya mudah, jika sebuah negara itu konsep dan pegangannya Islam sudah pasti mereka menjadikan Al-Quran dan Sunnah asas kepada setiap perkara. Ini Perlembagaan Persekutuan? Sudah terang lagi bersuluh.

Kedudukan mahkamah juga jelas menunjukkan bahawa yang sivil memainkan peranan lebih berbanding yang memegang syariah. Konsep praktikal dan futuristik yang diperkenalkan oleh Prof. Ahmad Ibrahim, pakar perundangan tidak wajar disorokkan dalam kocek atau seluar dalam para ulama dan pakar perundangan pada hari ini.

Selain itu, jika dirujuk pada perndefinisian dalam Perlembagaan, jelas perkara 160 menunjukkan bahawa asas perundangan Malaysia hanyalah undang-undang kes, statut atau akta dan juga undang-undang adat yang diterima pakai. Tidak pula disebut tentang undang-undang Islam, mungkin disorok dalam rambut Bik Mama yang sudah dapat ijazah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Banyak lagi perkara jika nak disebut, namun penyampaiannya mudah. Ulama' hari ini harus mendedahkan tentang status sebenar negara ini tanpa berpusing-pusing dan bercakap gaya Karpal Singh, karena hidup ini tidak pasti. Mungkin esok ulama' juga akan didudukkan bersama-sama beliau dalam "Kelab Kerusi Roda Se-Malaysia."

Tidak perlu menutup perkara yang benar karena lambat laun kantoi busuk juga. Kebiasaannya tindakan cacai akan menjadi seperti tindakan menutup bangkai gajah dengan daun pisang. Usah biasakan diri menjadi sundal, kelak diri yang rugi.

Yang Benar,

Azazil,
Port Swettenham, Selangor.

No comments: