Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130203

Fatimah, Din dan Belimbing Buluh




April 20 tahun masihi

Jam 5.30 petang Din; Mahyiddin ikut serta emaknya ke kebun. Bendi, petola,  tunas tebu yang baru lima, enam batang terpacak disirimnya air; buat ‘minum’ macam yang selalu emaknya bilang.

‘’Mak, kenapa kena siram?’’

‘’Buat minum nak.’’

Sambutnya sekadar berbasa basi, asalkan cukup anak memahami.

’Minum apanya mak? Bukan ada mulut pun pokok pokok itu. Tuh, ‘dia’ mengalir je, membazir…’’

Mah diam. Sekali lagi dilap peluh yang mengalir. Berpaling dia, hendak gelak serba salah, hendak marah jangankan pula; ‘’Budak lagi tuh.’’ Senyumlah Mah seorang diri, dipanjat terus doa;

‘’Ya Karim, semoga anak ini sentiasa membuatkan hari hariku gembira,  kasih dan sayangnya padaku dipanjat lagi dariku buat-Mu dan...semoga soleh gelaran anak ini.’’ Amin. Diusap berkali kali, tangan ke muka, beralih punya di kepala anak kecil; peneman dia.

**
April 23,
5.30 petang,

‘’Mak! Cepatlah mak! Pokok pokok tu nak minum laa..Mak cepat mak! Nanti mati pokok tu..’’

Dua tiga kali melaung, emaknya Si Din menyahut, ‘’Pergi dahulu… emak baru nak solat!’’Entah dengar atau tidak. Tepatnya selepas 2-3 minit tunggu respond Din sudah hilang laungannya. Mah angkat takbir  serentak; pasang niat dan  terus solat.

**
‘’Emak, kalau pokok ni dah besar, kita buat apa? Selain tebang, makan…’’

‘’Bukan tebang, tebang tu untuk pokok besar sahaja, macam pokok besau tuh. Pangkas itu yg mati, tuai untuk yang dah masak.’’ Sambung lagi ‘’Makan je nak, tengoklah kalau menjadi benih cili tu, emak ingat nak jual sikit; dekat Pak Halim Lori.’’

**
20 Oktober,

Hari itu, Mah senyum lain daripada kebiasaannya. Selepas dlihatnya dia rezeki depan mata; gugusan belimbing buluh yang dituai mereka, dia dan Din habis dijual sama Pak Halim Lori serta pesanan....

Ikutkan pesanan, Cik Yah Khamis, jiran selang tiga buah rumah ada pesan gulai semangkuk, Muniandy Samy; tuan punya lot kedai yang baru sahaja lalu turun pesan semangkuk. Sebelum order, Muniandy angkat tangan, ingatkan dia ingin dimarah sama si Muniandy, rupanya-rupanya,

‘’Mah, hari itu aku rasa itu kari belimbing kau. Ceit! Kalau tahu itu sedap kenapa tak kasi sama aku? Sedap Mah.’’ 

Habis membebel, Muniandy terus tunjuk tanda bagus, dengan kain pelekat yang dikemas kemas kemuadiannya dia jalan, Mah tercengang; tak disangka tuan tanah berbangsa India makan kari belimbing hasil tangan dia, ‘’Eh, biar betul dia makan? Suka pulak tu?’’

‘’Mah! Kalau kau buat lagi, hantar semangkuk sama aku, nanti aku kasi tangguh  15 hari bayar bulan ni okay!’’

Mah girang bukan kepalang! Hayun kaki hayun dengan deras,‘’Syukur pada Tuhan! Din oh Din!’’ kumat kamit Mah menjadi menjadi sampai ke rumah dilaung laung semula bak gaya Din. Sebijik. Kalau senario dulu Din ajak dahulu, kali ini terbalik.

’Din! Din! Mari sini teman mak ke kebun Din! Kini tuai banyak ulam dan belimbing Din! Cili pun mak nak tuai!’’

Jenuhlah Mah panggil, Din tak juga menyahut.

***
‘’ Ibu Tunggal Cuai Jaga Anak! Anak hanyut mati di sungai!’’

20 Oktober KENALIK: Gara gara membiarkan anak kecil berumur 7 tahun di rumah, seorang ibu tunggal terpaksa menerima hakikat kematian anak tunggalnya. Muhyiddin atau Din, dijumpai mati lemas di Sungai Kenalik setelah bermain main di kebun ibunya yang hanya 3 minit dari rumah mereka jaraknya. Mengikut sumber ibu malang ini telah meninggalkan Din seorang diri.............

Serentak akhbar dicetak, serentak kepala Mah terasa dihentak.

Muhyiddin Abdullah sudah tidak menyahut, umpat dan cari jiran tetangga yang menyahut. Meraunglah sekuat hati mana pun, jerit lah semahu mana hati dia, orang surat khabar itu tidak endah, malah tidak mustahil tidak terlebih ambil tahu pun susah senang mereka di tanah sekangkang kera. Hanya cela, dan berita. Payah dan dusta.

Mah sudah hilang sendu,
habis lidah kelu,
tiada siapa yang ambil tahu,
tentang kisah pokok minum air;
hanya DIA serta arwah Din yang tahu.

No comments: