Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130210

Catatan Buat Najib, Muhyiddin dan UMNO dan rakyat.

PRU13 semakin hampir, namun tarikhnya belum pasti. Masih jelas dalam ingatkan aku ketika duduk melepak-lepak bersama keluarga makan malam, jelas Najib Razak dengan megahnya berucap dalam tanyangan di Buletin TV3 menyebut :

"Minggu Depan! Bulan Depan! Tahun Depan!"

Konon ingin mengadakan PRU secepat mungkin. Namun, sudah aku lali dengan buih dan liur dari mulut pemimpin United Malays National Organization.

 Menunggu PRU diisytihar oleh Najib Razak samalah seperti menunggu Tunku Abdul Rahman bangkit dari kubur semula.


Aku melihat politik kita pada hari ini tidak lebih daripada kadang zoo, jika pembaca masih ingat bagaimana pergelutan menantu Pak Lah, Khairy berkenaan dengan kata "Babi Negara" yang dirujuk kepada Barisan Nasional dibalas sebagai "Projek Khinzir Raksasa" yang dirujuk kepada PKR.

Ceramah politik kita pada hari ini hakikatnya bukanlah untuk membentangkan dasar, polisi, pikiran dan idea pemikiran pimpinan politik. Tetapi, lebih kepada meluapkan sentimen. Tidak kira daripada perwakilan UMNO/BN, malah Pakatan Rakyat sendiri bertindak sedemikian.

Mungkin disebabkan terlalu lama memerintah, lebih daripada 55 tahun UMNO/BN dilihat lebih bodoh daripada Pakatan Rakyat. PR nampak lebih bijak mungkin kerana kebijaksanaan Anwar Ibrahim dalam meng"Hijack" isu hari ini.

Apa yang pasti, politik kita pada hari ini bukan lah politik idea, tetapi masih berada di takuk lama iaitu politik sentimen. Politik yang memburuk dan mengapi-apikan.

Buat Najib dan UMNO, aku berharap PRU pada kali ini kalian semua bersedia untuk kalah. Elakkan bermain tipu kerana satu masa nanti binasa juga, for the last untuk anak cucu kita moleklah terima kekalahan dahulu dan renung - renung masalah parti supaya dapat membaiki kesilapan.

Buat Anwar dan Pakatan Rakyat, aku harap supaya mengurangkan politik provokasi, tingkatkan idealisme dan lebih bersikap demokratik sekiranya diberi peluang memerintah. Aku percaya andai kata kalian memerintah sekalipun, bukan semudah ABC untuk terus menghapuskan AUKU, PPPA, ISA, OSA, Akta Hasutan dan seumpamanya kerana ia seolah sudah sebati. Aku melihat PR mengangkat semangat demokratik tetapi dalam masa yang sama tidak mengaku kesilapan dan menerima kritikan.

Akhir, aku percaya pembaca tidak mahu apa-apa melainkan negara dan pimpinan yang baik supaya segalanya baik buat masa depan negara dan anak cucu sekalian.

Azazil,
Port Swettenham.
11 Februari 2013

No comments: