Pages

GilaPena

Gila kami bukan sebarang gila. Gila kami, memang kaw-kaw punye. Himpunan kegilaan yang wujud di dalam dunia ini dan berani melimpahkan sendiri maksud 'kegilaan' bagi kami. Kami merembes idea dari minda gila kami. Jika anda juga golongan yang gila seperti kami, salurkan entri gila anda ke kotakpenulisgila@gmail.com. Jika cukup gila, kami siar.

20130213

Separa Ignorant

Malam ini aku terasa seperti ingin kembali menulis selepas hampir setahun aku tinggalkan hobi ini. Mungkin kerana aku sedar tulisan aku kurang matang dan tidak bagus. Selepas setahun , akalku yang mentah ini seakan mahu memuntahkan sesuatu untuk dikritik manusia. 

Ignorant . 

Segelintir manusia beruntung kerana mereka antara golongan yang "aware" dengan isu semasa . Tapi bagi si Ignorant, ia bukanlah satu kepentingan. Lupakan total ignorant kerana mereka yang mahu begitu, tetapi apa yang hendak aku ceritakan adalah separa ignorant. Mungkin bukan ayat yang sedap HAHAHAH. Separa ignorant ini adalah manusia seperti aku yang tahu akan isu semasa tetapi lebih memilih untuk menutup mata. Bagi kami, itu semua tiada  membawa kepentingan kepada diri kami. Umpama melihat kejahatan ditutupkan matanya kerana ia tidak membawa malapetaka terhadap dirinya.
Situasi pertama :
Di dalam KTM yang penuh sesak, seorang mak cik yang sarat mengandung masuk dan melihat sekeliling lalu berdiri di sebelah lelaki remaja. Lelaki itu tahu wanita itu memerlukan kerusi itu lebih daripada dia, tetapi mungkin lelaki itu berfikir, 'Kenapa aku harus beri kerusi aku? Nanti aku yang kena berdiri. Aku yang letih.'

Situasi kedua :
Seorang mahasiswa yang boleh berfikir dengan waras sedar dan tahu akan ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan ataupun authority kepada mahasiswa lain memilih untuk menjadi neutral. Mungkin mahasiswa itu berfikir, 'Biarkan sahaja, asalkan aku tidak ditindas.' Walhal, menjadi seorang yang neutral itu umpama menempa sebelah kaki ke neraka kerana anda melihat kebatilan dan mendiamkannya.


Separa ignorant ini boleh dikatakan bersamaan dengan pentingkan diri. Apa yang difikirkan hanya diri sendiri. Kepentingan diri , keselamatan diri dan berbagai alasan muncul di kepala semata-mata untuk melindungi diri. Itu semua adalah alasan yang dicipta oleh separa ignorant seperti aku untuk tidak keluar dari zon selesa. 

Wahai rakan se-separa ignorant

Tanyalah diri anda; Apakah yang sudah anda capai selama anda berfikiran seperti ini? Apakah kebaikan yang sudah anda dapati? Tidakkah kalian sebenarnya merasa cemburu dengan mereka yang "aware" dengan situasi semasa? 


Aku sangat cemburu dengan orang yang "aware" dengan situasi mereka. Aku sangat cemburu dengan orang yang mampu berfikiran kritis . Kerana itu aku sentiasa cuba berubah untuk keluar dari separa ignorant ini. Sesungguhnya terlalu banyak yang ingin aku capai tapi tidak bisa kerana aku separa ignorant. 

Mesejnya ringkas dan mudah;

Terlalu ramai mahasiswa separa ignorant sehingga tidak mampu keluar dari takuk lama dan maju ke hadapan. Mahasiswa kini hanya mengejar ijazah dan menganggap melakukan perkara sampingan itu hanya akan melecehkan hidup kita. 
-CSK


 

No comments: